Mak mertuaku tanya, dah pindah rumah ni, amir nangis ke. (aku dah balik ke rumah sendiri)
Amir memang kuat nangis la. 2-3 hari ni, start pukul 10.30mlm, Amir meragam. Offer susu pon taknak. Pegang pon nangis. Kadang-kadang lost idea dah nak buat ape. Selalu Amir akan stop nangis dan tidur dalam pukul 1-2 pagi.
Semalam. tumpah juga air mataku. Sebab stress melayan tangisan Amir. Agaknya Amir tau mak dia nih sedih, terus tido lepas tu. Kantoi pulak tu dengan suami. Marah dia tau aku nangis huhu.
Mak mertua cakap, ada budak yang jenis dah nak abis pantang memang meragam. Esok Amir genap sebulan. Mungkin juga sebab nak berubah bulan.
Cabaran, cabaran.
p/s - masa usia amir sehari, pak mertua ada cakap amir ni jenis kuat nangis. Adoi la, memang betul kot. Apsal ler pak mertua tak cakap, amir kuat tido ke, kuat minum ke, pandai ke, cerdik ke. huhuhu
Semalam mak call.
Sambil nangis-nangis dia mengadu dengan aku.
Aku ni bukan boleh dengar mak aku nangis, nanti aku nangis sama.
Dengan rasa sebak, aku cuba juga pujuk mak.
Bila dah letak telefon, suami tampar manja.
"Apa la, sendiri nangis, nak tenangkan orang yang nangis"
Abis tu camno?
38minggu.
Sekarang adalah sangat tidak larat.(takde la tak larat sangat, tipo betoi)
Bos dah bagi keizinan buat kerja dari rumah, dengan syarat saya boleh berinternet dan cek email dari rumah.
Jadi amik keputusan untuk lepak dirumah mak.
Ada orang (kalau sudah turun tanda) dan makanan. hheheheheheeheh
Tolong doakan saya dan anak yer.
Suami masih lagi simpan semua surat yang aku bagi masa zaman kami bercinta dulu.
Semalam dok tayang.
Suruh aku baca.
Tapi aku malu. wahahah
Aku keluarkan dah isi barang dari poket depan seluar.
Masuk mesin, bubuh sabun, tekan punat dan mula basuh.
Lepas tu, ambil penyapu, mula menyapu rumah.
Tergerak pulak hati nak buka penutup mesin basuh, tengok-tengok ada benda merah dalam mesin yang tengah membasuh, penuh dengan buih sabun.
Aku ambil, rupa-rupanya duit RM10. Tengok-tengok lagi, ada lagi duit RM10.
Dah capai duit tu, ternampak pulak lesen memandu.
Ngeeee, stopkan mesin sekejap.
Rupa-rupanya terlupa nak keluarkan wallet suami.
Habis basah. Huhuhhu. Nasib baik belom terendam lama lagi.

Suami SMS, tanya banyak kerja ke kat office.
Nak je jawab, banyak, tengah nak bercucuk tanam, menternak binatang, pastu memasak(dah bukak cafe).
Penangan main game kt FB
hehehe
Di hening malam yang sunyi, tatkala semua orang sedang enak dibuai mimpi,
tiba-tiba:
Isteri : ABANG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! !!!
Suami : Huh, kenapa sayang, kenapa?
Isteri : Kaki, sakittttttttttttttttttttt ttttttttttttttttttttt.
Tu ler, si isteri kena cramp(simpul biawak).
Sakit gila, dah 3 kali kena sejak mengandung ni.
uhuhuh.
Kesian suami, nasib baik takde sakit jantung, tengah-tengah tidur ister menjerit
Heheh
Selepas solat raya, adik ipar tanya aku:
"Kak, kita dah raya ke?"
Aku pon pelik, walhal tadi pergi solat raya sama-sama.
"Kita belom raya lagi rasanya" tambah adik iparku lagi.
Lantas dia pon hulurkan tangannya kat aku , cakap selamat hari raya dan mintak maaf.
Oooo, cakap la belom bermaafan, barulah aku paham
Adeh la
Tipu kan iklan ribena tu?
Sekarang ni mana ada orang asyik jamu air sirap.
Masa aku pergi raya rumah orang, orang asik jamu air gas je
tak pon air oren je memanjang.
Air sirap sekarang kalau nak minum kena order kat kedai.
Baru lepas call mak.
Mak balik Muar Sabtu pagi.
Sedih pulak bila mak cakap Selamat hari raya.
Bang, nak ikut mak balik boleh? Nanti-nanti la kita raya Ganu
KEkekeke
Sama macam entry Liza hari nih.
Aku takde mood dah nak bekerja.
Mood nak bercuti je.
Esok nak kena start packing bag.
Ni sambil boss tengah berdengkur tidor, leh la update blog hahaah.
Aku suka pergi klinik gigi.
Sebab doktor tu panggil aku adik.
Ngeeeeeee
Dia bilang, hujung tahun ni dah boleh cabut dah besi kt gigi nih
Yeahh

Tengah hujan ni. Ada pulak orang block kereta aku.
Suka benor orang-orang ni block kereta aku tu.
Eeeee, lambat la balik ni.
Hujan + Pukul 5 = Jem teruk
So balik pukul 6, 6.30
Bosan juga out station ni.
Malam-malam bukan boleh pegi mana-mana.
Tengok je la tv.
Tengah tak larat pon, sempat ler pegi beli ceklat mengikut taste takak ku.
Macam kena pergi lagi je. Huhuhuhu, bila la projek nih nak settle. Tak larat lagi dah ni.
Semalam keluar office jam 4.30 petang.
Sampai rumah 6.15 petang.
Kalo ikutkan perjalanan setengah jam aje.
Jem teruk tak ingat.
Adoi la, penat la duduk dalam kereta.