Masa aku sekolah dulu, cerita-cerita hantu sungguh popular. Nak-nak lagi sekolah aku dekat dengan tanah perkuburan. Orang kata ‘keras’ sedikit tempatnya. Cerita-cerita macam ni, akan diturunkan dari satu batch ke satu batch. Ada satu hari tu, masa aku form 4, kitorang satu dorm cerita pasal kisah hantu. Adalah satu dua kisah yang aku ingat sampai sekarang.

Kisah ni terjadi dekat dorm perempuan. Pada suatu malam, masa semua student dah masuk tidur. Tetiba adalah seorang student perempuan terjaga sebab terdengar suara halus menyanyi

"Eh, eh satu dah bangun, jom kita main"

Student tu pon carilah dari mana arah suara tu datang. Nampaklah satu tubuh kecil duduk atas almari sambil menjuntaikan kaki. Sebelah si tubuh kecil itu, ada lagi seorang kawan dia duduk dengan cara yang sama sambil menggoyangkan kaki.

Yang student tu takut terus kejut member sebelah katil dia. Bila member sebelah dah terjaga, dengar lagi tubuh itu bersuara "Dua dah bangun, jom kita main"

Bila semua dah terjaga, tubuh tu pon bersuara lagi "Semua dah bangun, jom kita main". Semua yang terjaga ketakutan, cepat-cepat baca yassin beramai-ramai.

Aku kalau terjaga tengah-tengah malam, mesti terngiang-ngiang cerita hantu tu. Mata mesti nak terpandang kat atas almari. Kot adalah makhluk tu.

Sampaikan ada sekali tuh, member aku cakap aku ngigau, aku cite balik kisah hantu tu dlm ngigau aku. Aku mati-mati cakap aku tak ingat. Tapi kalau dah 2 orang dengar, maksudnya betullah tu.