Hari Guru

Selamat Hari Guru! Terima Kasih buat cikgu yang pernah mendidik aku. Banyak woo kenangan masa sekolah. Hari ni topik pagi Era pasal kenangan dengan guru masa sekolah. Aku pon ada gak story pasal cikgu aku, ntah kenapa tiba-tiba teringat balik sempena Hari Guru ni.

Masa form 4 (4Tekad), cikgu Add Math aku sungguh garang. Misai dia menambahkan kegarangannya lagi. Nama dia Cikgu Razali. Kitorang panggil dia cikgu teddy bear pasal badan dia cute ala-ala patung teddy. Cikgu ni kalau masuk kelas mesti pegang pembaris panjang color kuning tu. Dia pantang kalau student masuk lambat and buat bising. Kitorang semua tak berani nak tertidur time Add Math masa tu. Kalau dia bagi soalan, and tak ada seorang pon volunteer nak jawab, siaplah, pembaris kuning dah ready. Ada sekali tu, dia tanya rumus yang cari punca kuasa dua tu. Sampai sekarang aku ingat. Masa tu satu kelas kene pukul dengan pembaris dekat tangan pasal tak dapat bagi rumus. Adoiiii, masa tu geram jugak, sebab dah besar-besar pon kena pukul lagi.

Ada sekali tu, tak ingat sebab apa, mungkin pasal tak ingat rumus kot. The whole class kena saie tingkat 1. Malu sangat-sangat. Dari kelas kena lari-lari anak sampai hujung koridor bangunan sebelah and patah balik. Dahlah masa tu, budak kelas lain sibuk nak pergi PJ ada tu yang tengah tunggu cikgu masuk gelakkan kitorang semua.

Naik form 5. Nasib baik dapat cikgu Add Math yang baik. Cikgu Azman nama dia. Tapi kitorang panggil Cikgu Azman Pendek. Masa tu ada 2 orang Cikgu Azman kat sekolah. Yang lagi sorang tuh kitorang panggil Cikgu Azman Dagu.Baik pulak cikgu nih. Berbeza sangat-sangat dengan cikgu masa form 4. Cikgu ni comel pulak fizikal dia, rendah-rendah orangnya, sampaikan ada sekali tu terdengar Cikgu Matematik aku panggil dia “pendek”. Kalau tertidur dia tak marah, tolong kejutkan lagi. Soft spoken, paling best sebab dia ingat nama aku. Dan akan make sure yang aku faham apa yang dia ajar.

2 bulan Sebelum SPM, dia menunaikan ibadat Umrah kat Tanah Suci, sebelum pergi Cikgu siap minta maaf dengan student dia. Terharu sangat masa tu, kitorang pon ambil kesempatan minta maaf dengan cikgu dan suruh cikgu doakan kejayaan anak-anak muridnya. aku rasa sebab dia aku boleh score Add Math. Sebab dia jugaklah, aku suka Add Math. Berkat Cikgu pergi Mekah, agaknya kot.

Terima Kasih cikgu. Best jugak jadi cikgu ni kan. Ramai murid yang akan ingat :)


posted by: P-nut (reply)
post date: 05.15.05 (11:43 pm)

jadi cikgu mmg best, sepupu akak jadi cikgu sek. cina kat KL ni, hari guru biasanya dpt hadiah mahal-mahal, last year dapat set pinggan mangkuk, hari ni dapat baju sutera dari one of her fav. student yang pergi melancong ke China untung jadi cikgu sekolah anak orang kaya.



posted by: faizahs (reply)
post date: 05.16.05 (11:40 pm)

bestnyaaaaa.. dpt mcm2



posted by: zur_aen (reply)
post date: 05.17.05 (3:25 pm)

assalamualaikum faiz..eh..bukan cikgu azman ker cikgu teddy bear?hehe..tapi tak ingat plak bab yg kena lari satu koridor tuh..bila ek?



posted by: faizahs (reply)
post date: 05.18.05 (9:59 pm)

ehehe, ezue,

ramai sgt cikgu teddy bear masa sekolah dulu.. laa.. yg lari satu korridor tuh takkan tak ingat???



posted by: amoi (reply)
post date: 05.19.05 (7:50 am)

Zaman kita bersekolah sedap-sedap mulut kita menggelar cikgu itu dan cikgu ini. Contohnya dulu aku gelar Ustaz Unta.

La ni, bila jadi cikgu memacam gelaran yang mereka beri. Cikgu Henry The Giant. Shanana . dan lain-lain. Padan muka aku.

aku memang cuba ingat nama mereka. Tapi nama pelajar Cina paling sukar untuk diingat. aku cukup gah jika dulu Cikgu Abdul Rashid suratman ingat nama aku. Begitu juga dengan Cikgu Sabariah, Cikgu Majid , Cikgu Karia dll.

Your Name:


Your Comment: