My weekend
Busy betul weekend sudah. Pagi Sabtu kena jadi baby sitter jaga Ika and Mira. Petang tuh balut hamper untuk reunion. Malamnya pulak touch up tempat reunion. Nasib baik tempatnya tak jauh dari rumah. Balik dekat pukul 12 mlm sampai kena marah dengan abah.
Pagi Ahadnya, tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Peserta yang bagi nama nak datang hampir 80 orang. Tapi yang datang adalah dalam 50++. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Semua memberi kerjasama. Ada yang bawak anak, ada yang tengah pregnant dan ada tu yang nak kahwin. Bagus-bagus kengkawan semua.
Tapi paling best, aku dah tak ingat sangat nama-nama kawan satu sekolah yang datang. Ada tu yang tak pernah nampak muka masa sekolah. Bila nengok nama, tak ingat pulak muka macam mana. Bila nengok muka, nama pulak tak ingat (yang perempuan bermake up.. tuh pasal muka nampak lain). Mostly orang ingat nama aku, tapi aku tak ingat nama orang. (aku glamer dulu masa sekolah). Maaflah pada sesiapa yang aku tak ingat nama tu. Bukan sengaja tak ingat, lama dah tahun 95-97 tu. Even budak yang sama U dulu pon ada yang aku tak ingat nama lagi.
Reunion habis dalam pukul 4 p.m. Kemas apa-apa yang patut. Hantar kengkawan balik. Dalam pukul 6 dah ada dekat rumah.Sebangai ajk penganjur, aku nak ucapkan jutaan terima kasih pada yang sudi datang. Tahniah buat Pengarah projek dan ajk yang lain. Puas hati jugak bila majlis dah selesai. Malam Ahad tuh lepet abis kepenatan.
Hari Isnin pulak, rasa malas nak keluar. Duduk rumah je. Penat tak habis lagi Terpaksa lupakan hajat aku nak ke PWTC. Tunggu Book Fair tahun depan kot. Hampa jugak, sebab dengar cerita buku di jual murah-murah. Ada jual 2nd hand buku pulak tuh. Takpe la.