April Fool

Dulu aku duduk hostel masa form 4 and form 5. Aku paling tak suka masa aku form 4 sebab asyik kena buli je dengan senior aku. Yang junior lelaki kena buli ngan senior lelaki, diorang kena lagi teruk kalau nak compare dengan junior perempuan yang kena buli dengan senior perempuan. Tapi aku takde lah teruk sangat kena buli sebab aku pendiam dulu, innocent, jenis tak memberontak balas balik. Jadi senior pon cam tak ade hati kot nak buli aku.

Anyway, aku nak cerita masa zaman April Fool kat hostel aku dulu. Ingat lagi lepas balik prep malam 31 March 1998. Semua senior bisik-bisik, nampak je junior gelak-gelak. Tak sangka pulak diorang tengah plan baik punya nak kenakan junior. Lepas tuh warden suruh tutup lampu dan masuk la tidur macam biasa.

Bangun-bangun je pagi tu pukul 5, memang terkejut sangat-sangat. Depan dorm habis kena lumur sabun. Ada tu kena lumur dengan ubat gigi. Siapa yang ada sabun berupa cecair contoh macam Dynamo memanglah jadik mangsa. Selamat masa tu aku guna sabun buku, ubat gigi aku pon dah leper. Baju, anak baju, cucu baju yang disidai depan dorm semua jadi mangsa sabun. Kat tangga memang penuh la sabun. Wangi sekejap hostel masa pagi tuh. Yang bestnya, depan dorm junior je penuh sabun dengan dekat tangga-tangga sekali, dorm senior bersih-sebersihnya tak kena sabotaj. So nampak sangatlah siapa yang punya kerja.

Sampai kelas je pagi tuh, dengar classmate aku yang lelaki cerita pasal April Fool senior diorang pulak. Ada tuh sampai main gunting-gunting rambut. Kira kejam jugaklah, sebab senior diorang ceroboh dorm diorang and kenakan direct, letak ubat gigi kat muka. Conteng muka ngan pen pon ada.Tapi paling kelakar bila kawan aku cerita dia sedar senior tengah letak ubat gigi dekat muka dia, tapi dia pura-pura tidur. Punyalah takut dengan senior masa tu.

Nasib baik kami semua tak kena camtuh. Tapi zaman sekolah dulu memang best. Rindu….


posted by: niknazlyne (reply)
post date: 04.05.05 (5:53 am)

pasal..ingat kenangan lama?hehe..memang rindu.tetapi semuanya sudah berlalu.bagai satu musim yg syahdu.



posted by: faizahs (reply)
post date: 04.05.05 (10:52 pm)

rindu :D



posted by: amoi (reply)
post date: 04.06.05 (10:31 am)

Semasa di kelas sorang budak tu cakap ,mengapa poket cikgu ada benda hitam ?. Selalunya aku beringat tentang april fool tapi kali ini tidak.

Aku tengok ke poket kiri. Alamak ..... semua murid-murid aku jerit April Fool.

Merah padam rasanya muka aku.

Nantilah kau orang, ini masa engko.



posted by: faizahs (reply)
post date: 04.06.05 (7:42 pm)

ehehe, kesian cikgu, kena jugak?

Your Name:


Your Comment: