Kedai labah-labah



Dekat area office aku, ada banyak tempat makan. Ada satu gerai dekat foodcourt yang aku and officemate suka pergi. Kami panggil Kedai labah-labah. Harga pon berpatutan, nasi campur, lauk ikan keli dan ulam serta air bali baru RM3.50. Kalau pergi gerai yang selang 4 pintu dari kedai labah-labah, aku akan dikenakan RM4.50. Jauh beza harganya. Tapi kalau hari Jumaat, aku akan makan dekat kedai yang mahal ni sebab setiap hari jumaat, tokei kedai akan sedekah buah limau kecik and pisang untuk pelanggan yang makan dekat kedainya.

Ada cerita di sebalik nama kedai labah-labah ni. Musim panas ni memang selalu jugak aku makan ABC. Ada sekali tu order ABC aku terjumpa labah-labah yang masih hidup lagi dalam mangkuk ABC aku. Aku perasan kewujudan labah-labah tu sebelum aku runtuhkan timbunan gunung ais ABC dan selepas aku habiskan aiskrim di atas gunung ABC tu. Memang nasib baik, labah-labah tu tak mati. Report kat makcik tu and aku dapat balik ABC yang ada aiskrim kat atas.

Sejak kejadian tu tobat taknak makan ABC dekat kedai labah-labah. Makan nasi campur aje ngan air suam.


posted by: ziemash (reply)
post date: 03.07.05 (4:29 pm)

haha faiz.. nasib tak tertelan labah2 tu. zie tak la penakut dgn labah2 ni.. tapi jgn sampai merayap2 kat badan.. geli :S



posted by: faizahs (reply)
post date: 03.07.05 (6:54 pm)

ehehe, terbayang-bayang kaki dia yg dok merayap kt dinding tu.. geli



posted by: arhiderrr (reply)
post date: 02.28.09 (11:18 am)

Nice article

Your Name:


Your Comment: