..

Cuti panjang dah berlalu. Aku tak kemana-mana pon. Cuti banyak dihabiskan lepak dekat rumah. PC dekat rumah dah sihat dah. Tak tau camne abang aku godek-godek sampai pc ni boleh sihat. Lantaklah, janji boleh guna. Dah malas nak beli PC baru.

Semalam pergi rumah Mak Itam, dia buat kenduri sempena masuk rumah baru. Sampai sakit-sakit perut aku asyik angkat benda berat. Seronok jumpa sedara-mara semua.

Hari kedua cuti tahun baru cina, pergi piknik kat Sungai Tekala. Aku tak mandi pon, main-main air aje. Seronok tengok budak-budak main terjun-terjun. Macam-macam gaya ade. Semua orang tepuk tangan, macam nengok pertunjukan dolphin pulak. Tempat dia best sikit la dari Sungai Congkak. Ramai sangat orang pergi piknik kat sungai. Takut kot kalau-kalau ada ombak besar lagi.

Terima kasih la dekat kengkawan yang wish aku sempena birthday aku Rabu lalu. Terharu aku dengan ingatan kengkawan semua, walaupon tak dapat hadiah tahun ni, tapi tak kisahlah, dah besar dah pon untuk dapat hadiah. Moga-moga apa yang kengkawan doa dan cakap semoga aku nih murah rezeki, dapat jodoh yang baik dan dipanjangkan umur, dimakbulkan Allah. Amin…

p/s - Lize' thanx again for the wishes, siap dengan lagu birthday tu. Terharu aku. BTW, apa yang ko cakap nk antor kt email tu?


posted by: Op (reply)
post date: 02.14.05 (7:58 am)

happy belated birthday :)
moga panjang umur dan diluaskan rezeki



posted by: lizzie (reply)
post date: 02.14.05 (10:12 pm)

oh,tu la.benda tu tertinggal kat sban.aku bg lambat sikit la yer.rase mcm dah 'basi' pulak.



posted by: amoi (reply)
post date: 02.18.05 (5:18 am)

kau dok kat bandar tek ye ? . Aku kat Snyih Sunway



posted by: faizahs (reply)
post date: 02.19.05 (11:34 pm)

time kasih Op :)



posted by: faizahs (reply)
post date: 02.19.05 (11:36 pm)

amoi, thn nih baru nk pindah p sane.. sunway semenyih.. dh dekat dh tu

Your Name:


Your Comment: