Update
Lama dah aku tak update. Sekarang ni aku duduk rumah je. Tanam anggur, petai dan buah tembikai. Baru tabur benih dia semalam. Bulan 2 nanti berbuah la tanaman aku. Aku ambil keputusan tak nak terima offer contract 3 bulan tu. Dengan izin Allah, aku dapat offer kerja dari company lain yang terletak nun jauh di Ampang. Start kerja 3 January 2005. Yang paling bestnya dekat company baru nih, boss aku pon nama dia Faezah Ahmad. Nama bapak pon sama. Cuma ejaan je lain. Aku Faizah, dia Faezah. Hmmm, tak tau nak suruh diorang panggil aku dengan nama apa nanti.
Anyway, last weekend aku pergi 2 buah kenduri. Seperti yang diwar-warkan sebelum nih, hari Sabtu tuh aku pergi kenduri kawin Nazihah. Tahniah kepada Zihah. Hari Ahadnya pulak, aku pergi majlis tunang Oya. Sila ke blogdrive Oya untuk gambar dan ulasan.Tahniah juga kepada Oya. Nanti kawin la cepat-cepat. Jangan lupa jemput aku. Terima kasih kepada Madz (nama glamer yang baru Mas) sebab sudi menumpangkan aku dan jadi drebar untuk 2 hari tu.
Next week turn Nani pulak jadi pengantin. Dah call dia, tanya direction ke rumahnya. Moga tak sesat sebab aku plan nak naik bas je pergi sana. Harap-harap Sarah jadi turun KL, boleh pergi sama dengan dia nanti.
Esok abah ke oversea, company trip. Seminggu pergi. 18hb baru balik sini. Jealous aku. Mak dah booking aku awal-awal suruh bawak dia beraya dekat Kerinchi.
Hmmm, busan gak duduk rumah menganggur nih
p/s – cerita tanam anggur, petai dan tembikai tuh dongeng semata-mata.
12.08.04 (1:05 pm) [
edit]
posted by:
newbie (
reply)
post date:
12.08.04 (12:59 pm)
Alhamdulillah...semoga suksess di tempat baru.....errr bleh belanja air kosong ke??? :p
posted by:
petz (
reply)
post date:
12.08.04 (1:00 pm)
lupa plak letak nama...ekekekkkk
posted by:
faizahs (
reply)
post date:
12.11.04 (1:04 pm)
thanx petz!!
posted by:
hhas (
reply)
post date:
12.12.04 (8:31 pm)
lama kak has tak datang melawat.. alhamdulillah rezeki ye.. good luck!!
posted by:
faizahs (
reply)
post date:
12.12.04 (10:31 pm)
thanx kak has!