Plan
Kejap je dah hari jumaat. So weekend nih and weekend depan aku dah atur program jalan-jalan makan free untuk aku. Esok, dekat dengan kawasan rumah aku ada kenduri kahwin. Makan nasi minyak la kot. Petangnya pulak, InsyaAllah nak pergi rumah Normy, open house. Malam takde plan lagi. Tapi dengar cerita mak nak pergi beraya ke Semenyih. Nih kalau sempat, aku kena ikut. Nak jugak nengok rumah x-jiran aku yang dah lama pindah tuh. Aku tak pernah lagi pergi rumah dia.
Ahad pulak, aku plan nak berkonvoi beraya with the geng sekolah rendah and menengah aku. Setakat nih yang confirm join baru 4 orang termasuk aku. Macam tak best la pulak sikit orang jek. Dah sms kengkawan yang lain ajak beraya, tapi takde pon reply. Ish.
Lepas tuh kalau sempat, aku nak pergi majlis kawin kawan office pulak sebelah malamnya. Itu pon kalau sempat round semua rumah member yang dekat-dekat sini.
Jumaat next week, malamnya, LTPian ajak main bowling sambil discuss kitorang punya Community Project yang tertangguh tuh. Esoknya hari Sabtu, maybe nak ke Melaka, kawan aku kawin. Dia dah ajak, lagipon, kawan aku nak pergi juga, so share duit minyak and tol. Jimat sikit.
Kalau mak tau plan aku nih, gerenti kene toture sekejap.