Raya
Dah nengok iklan raya Petronas?? Aku rasa iklan tahun lepas lagi best. Tahun nih cam kureng skit. Tapi yg part last skali tuh, Yang hero India tuh cakap. “Takkan la semua iklan Petronas ada yang mati” .. ermmm macam tu la lebih kurang …
Iklan raya kasut bata plak tak macam iklan raya. Tau iklan raya pon sebab Siti Sarah ade sebut “Selamat Hari Raya dari Bata”.
Iklan raya dari Telekom plak, yang diorang sambut Deepavali dekat oversea. Ermm, very significant. Siap promo jalur lebar lagi. :lol:
Iklan raya yang lain-lain, macam biase-biase jek. Tak boleh nak ingat sebab simple jek iklan raya dia.
Tapi, Iklan raya tahun nih aku paling suke iklan raya TV3. En. Suparjo and En. Rajoo. Kelakar jugaklah. Ngeri part dia tunjuk jari telunjuk berdarah tuh. Last sekali diorang nyanyi
“Ikan di laut, asam di darat. Dalam periuk bikin muafakat”
Aku ingin mengambil kesempatan nih nak mengucapkan Salam Hari Lebaran buat keluarga tersayang, atok kat kampung, makcik², pakcik², cousin, sedara jauh mahu pun dekat. Tak lupa juga buat kengkawan ..nak sebut pon ramai sangat dan juga blogger-blogger sekalian. Aku nak mintak maaf kalau ada aku terbuat silap, tersalah kata sepanjang kita berkenalan.