25 Ramadhan



Weekend sungguh busy buat kuih raya. Ari Sabtu tolong mak masak kuih goyang atau aku panggil kuih ros. Pinjam tempat goyang tuh dekat jiran. Rumah aku bukan ada pon menatang tuh. Lepas tuh Ahad ikut mak pergi Stadium Badminton Jalan Cheras, ada jualan barangan kilang kat sana. Rambang mata, nasib baik tak tergoda. Tapi beli jugak cadar 3 helai. Petang tu pulak buat cornflakes madu. Kuih paling senang, tuh pon mintak resepi dari Sarah.

Last Friday aku berjaya menggunakan kesemua jenis pengangkutan awam kat Kuala Lumpur nih. Syabas untuk aku. Sebenarnya Jumaat hari tuh aku terpaksa ke Ampang, ada interview. So dari rumah, Abah turunkan aku dekat [b]LRT STAR[/b] Stesen Maluri, pastuh nak ke Taman Melawati tuh aku tukar [b]LRT PUTRA[/b] pulak dekat Masjid Jamek. Sampai dekat Wangsa Maju, aku naik [b]Shuttle bus[/b] pulak. Melilau aku cari ofis dia. Tunggu punya tunggu, dekat pukul 9.30 camtuh aku balik. Ada ke ofis dia tak bukak², telefon pon tak angkat. Sabar je la aku masa tuh, dah la aku sampai awal. Dekat 1 ½ jam jugak aku tunggu. Sebab dah janji dengan boss aku kena sampai ofis pukul 11 camtuh. Aku pon berambus cepat².

Nak patah balik ke stesen Wangsa Maju tuh, aku naik [b]teksi[/b]. Tuh 2nd time naik [b]teksi[/b] sengsorang kat KL nih. Nasib baik tak terjadi pape. Tapi mahallah naik [b]teksi[/b]. Naik balik [b]LRT PPUTRA[/b] turun dekat Masjid Jamek, aku naik pulak [b]LRT STAR[/b]. Nak ke ofis aku kat cyberjaya nih aku terpaksa naik [b]ERL[/b]. Kalau nak diikutkan naik je [b]LRT PUTRA[/b] sampai KL Sentral, tapi tambang [b]ERL[/b] dr KL Sentral lagi mahal berbanding dengan naik [b]ERL[/b] dekat Tasik Selatan. Dah sampai kat Putrajaya, aku kena naik [b]shuttle bus[/b] lagi nk ke Cyberjaya. Sampai ofis letih gila. Nasib baik takde keje sangat.

Petang time nak balik, dari ofis naik [b]bas company[/b]. Macam, biase aku turun dekat KTM Serdang. Sampai-sampai jek hujan turun mencurah-curah, so Along tak boleh amik aku. Aku naik [b]Komuter[/b] turun dekat Tasik Selatan. Dari sana, aku naik [b]LRT STAR[/b] ke JJ Maluri. Dahlah tak bawak payung, redah jugaklah. Lepas bukak pose sengsorang, aku naik [b]bas Intrakota[/b] plak balik rumah.

Sampai rumah, letih teramat sangat. Nasib baik tak kena demam sebab hujan tuh. Kalau ada anugerah untuk pengguna Public Transport tuh, akan aku calonkan diri aku. Mesti menang. Bolehlah aku claim balik segala duit tambang yang aku dah sedekahkan pada kaunter tiket yang berkenaan.


posted by: ziemash (reply)
post date: 11.07.04 (6:36 pm)

co tu mmg tak bukak ke mende? tak call balik ke? kalau org pun, mesti geram amat. masa terbuang mcm tu je.



posted by: faizahs (reply)
post date: 11.07.04 (6:38 pm)

nasib baik dia call balik .. saye kena pergi interbiu esok .. duhh .. terpaksa apply cuti .. takpela, nak buat mcm mana



posted by: ziemash (reply)
post date: 11.07.04 (9:23 pm)

nasib call. kalau tak.. mmg nak kena la tu hehe. gud luck ye faiz utk esok. bulan2 puasa ni. ehehe. lebih2 lagi diaorg dah buat awak penat hari tu :D



posted by: faizahs (reply)
post date: 11.09.04 (4:32 pm)

zie saye dh pegi interview tuh, tp mcm takde harapan



posted by: ziemash (reply)
post date: 11.16.04 (1:03 am)

takpe.. kurang2 rasa puas kan sbb dah cuba. harap lepas ni dpt yg lagi baik utk faiz.. sama mcm nama tu :)



posted by: arhiderrr (reply)
post date: 02.28.09 (8:35 am)

Nice article

Your Name:


Your Comment: