13 Ramadhan
Sahur tadi makan tak lalu
Hanya minum air suam kuku
Kepala pusing sebab tidur ku tak menentu
Sakitnya tekak aku
Adakah petanda dijangkiti demam itu
Aduh, aku tak mahu
Biarlah demam dihari minggu
Perit, perit, perit tekakku
Nak cakap pon aku tak mahu
Lebih senang ku tunduk malu
Pura-pura khusyuk tak mahu diganggu
Sakitnya tekak aku
Padan dengan muka aku
Asyik telan air batu
Pasnih kena minum air suam kuku
Renungan:
Hai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari keduanya Allah memperkembang-biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu."
-- An-Nisa': 1