Nak air...
Semalam aku cuti. Ke KL menguruskan something. On the way balik, singgah Sogo. Perghhh, :lol: Sogo sale rupanya. Banyak betul benda yang aku berkenan. Nasib baik la takde hati nak membeli. Alhamdulillah, kalau tak, mau kopak poket. Tapi tak dapat tahan diri dari membeli sebuah novel. Bulan ni tak beli lagi. Nak cari buku yang Zie cadangkan, tapi takde la pulak. Ari tuh terjumpa dekat MPH JJ tak nak beli. Padan muka aku. Last-last aku beli buku Norhayati Ibrahim, Pesanan Terakhir seorang Lelaki. Buku nih dah lama keluar, tapi sekarang baru beli. Eheheheh
Sana sini orang buat kenduri sambut puasa. Tadi pun makan kenduri dekat surau. Mak share buat kenduri dengan jiran aku. Kenduri sambut puasa dengan tahlil arwah sekali. Senang sikit, sebab tetamu yang nak di jemput orang yang sama. Takde-takde air pon kenduri jalan jugak. Buat stail buffet. Jimat sikit pinggan nak basuh. Terimas pada semua makcik-makcik yang menolong.
Esok plan nak ke KL dengan mak, cari tudung raya :D. Haish, cam malas nak pergi. Tapi kang mak marah pulak. Aiseh, nak tak nak kena ikut jugak. Mesti penuh orang shopping esok. InsyaAllah Jumaat start puasa, so masing-masing nak cari barang sebelum bulan puasa.
Isnin dengan Selasa ada training. Presentation skill. Tak masuk ofis lagi. Ye ye ye. Suka aku. Malas betul la. Aku tukar tempat lagi kat ofis. Kena share workstation dengan Vendor from India. Tak reti aku nak beramah mesra. No idea nak borak Lagi pon aku nengok dia busy jek. Aiseh, nasib baik next week dia last. Have to survive for 3 days. Adoiii…