Kaitan cinta dalam hidup

aku dapat nih dr member perempuan aku .. lately suke benor bagi aku email berunsur cinta .. ehehe .. mungkin dah tercapai hajat dia..

enjoy reading

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa
dengan orang yang salah sebelum menemui insan
yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui
insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk
bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah
di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup,
yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan
memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu
lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang
telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang
anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai
bersama tanpa berkata apa-apa pun dan
kemudian berjalan pulang dengan perasaan
bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang
pernah dialami.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa
yang telah kita punyai sehinggalah kita
kehilangannya dan juga benar bahawa
kita tidak tahu apa yang kita rindukan
sehinggalah 'ia' datang.



posted by: ziemash (reply)
post date: 09.07.04 (1:40 am)

sukaaaa baca tu walau dah penah baca berulang2 kali :D
biasa la kot.. bila kat depan mata, kita cuma jeling je. dah hilang.. baru tercari2



posted by: faizahs (reply)
post date: 09.07.04 (3:35 pm)

ehehe ... biase la tuh manusia .. dah hilang baru nak hargai



posted by: mita (reply)
post date: 09.07.04 (8:26 pm)

uhuhuhuh..terharu,aku pon dah bayk kalu dpt tp setiap kali tuh la aku baca sbb maksudnye tersirat gile :)



posted by: faizahs (reply)
post date: 09.07.04 (8:50 pm)

ehehe .. ita, kengkadang aku malas bace menatang camnih .. sbb terkena kat batang idung ..

Your Name:


Your Comment: