Assalamualaikum

aku dapat nih dr email... a good info

Jabatan Syariah telah mengesan trend terkini memberikan ucapan salam samada melalui emel dan sms hanya dengan menulis perkataan "Akum". Sudahlah kita telah hilang keaslian dalam solawat kepada Nabi dengan Hanya menulis 'S.A.W' dan pujian kepada Allah dengan hanya menulis 'S.W.T' maka kali ini kita akan kehilangan keaslian pada satu lagi kalimah suci iaitu Assalamualaikum diringkaskan menjadi "Akum".

Dalam hukum feqah, tulisan yang tertera 'Assalamualaikum' adalah wajib dijawab oleh penerima salam tadi samada melalui lisan, emel atau sms kerana ianya adalah doa walaupun dieja dengan bahasa bukan Arab. Manakala tulisan "Akum" tidak wajib dijawab kerana ianya bukan doa..Oleh itu, Jabatan Syariah menasihati semua supaya mengekalkan keaslian salam pada ejaan dengan menulis penuh Assalamualaikum dan bukan lagi "Akum" . Sekian terima kasih.

p/s Ada juga yang menggunakan semekom,sekom, selekom dan yang paling kurang ajar ada yang buat main sehinggakan sebutan menjadi celcom .

posted by: ziemash (reply)
post date: 08.23.04 (11:56 pm)

erm.. zie pun kekadang guna short form cam s.a.w @ s.w.t tu :s
bab salam lak.. kalau tengok org tulis as'kum ke.. a'kum ke.. mcm ok la lagi bagi zie.. sbb faham tu mcm singkatan bagi assalamualaikum. tapi kalau dah sampai sekom ke.. semekom ke.. rasa cam nak sekeh2 je jari2 yg tulis tu. lagi kadang mcm stail la pulak kasi salam pun cakap mcm tu jgk. sbb makna dah lari. elok2 jadi sejahtera, jadi celaka. hmm..

posted by: faizahs (reply)
post date: 08.24.04 (1:01 am)

tuh la...kalo sms selambe jek kasik akum ...

posted by: faizahs (reply)
post date: 08.24.04 (1:01 am)

tuh la...kalo sms selambe jek kasik akum ...

Your Name:

Your Comment: