......

Semenjak MPAJ memperkenalkan sistem parking berbayar yang baru ni, penuh parking lot dihadapan office aku ni yang merupakan satu-satunya kawasan free parking di area office aku dengan kereta yang mahu mengelak membayar parking.

Kalau pukul 9 pagi, penuhlah parking yang sekangkang kera ni. Dulu-dulu, pukul 10 pun tak penuh lagi.

Akibatnya, ramai yang double parking, block kereta orang lain. Dulu-dulu masa mula-mula sistem parking ni diperkenalkan, akan kedengaran lah hon-hon empunya kereta yang ingin 'menyuruh' sesiapa yang block kereta untuk mengalihkan kereta.

Sekarang ni sudah tak kedengaran lagi bunyi hon-hon. Empunya kereta yang ingin double parking akan meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi. Ada pulak yang release handbrake supaya senang hendak dialihkan.

Aku lebih berterimakasih kalau tuan punya kereta yang block kereta aku meninggalkan nombor telefon dari release kan hand brake. Semalam Gen2, block kereta cumilku. Nampak handbrake release, dengan sekuat tenaga aku menolak.

Lepas tu rasa menyesal tolak, sakit dada, sakit sangat-sangat.



posted by: Aarin (reply)
post date: 01.12.07 (1:12 am)

larat juga faizah tolak gen2 tu yer??



posted by: wani bunga lawang (reply)
post date: 01.13.07 (11:36 am)

kesiannye faizah! saya pnah tolak kembara.. macam nak mampus jugak le rasenye. :P



posted by: cyberdad (reply)
post date: 01.15.07 (1:53 am)

nasib baik tolak Gen2
kalau Gen2 tu upgrade jadi Gen2lak (jentolak)? haru :)



posted by: ziemash (reply)
post date: 01.15.07 (5:59 pm)

kuatnya faiz tolak sorang2.



posted by: Blackpurple (reply)
post date: 01.18.07 (4:28 am)

Kau tau macamana nak dapat parking free, tempat berbumbung lagi tu.

Buat macam aku. Parking kat basement Giant. Masuk pagi memang la kena ambil tiket. Tapi kau kena keluar selepas 6pm. Free tu...... Kalau kau keluar dari parking tu sebelum 6pm kau kena bayar ikut jam, nak dekat berbekas ringgit wo..... ha ha



Your Name:


Your Comment: