Tol vs Tak Tol
Untuk ke pejabat, aku kena melalui dua highway. Bertol dan tidak bertol.
Persamaan kedua highway ini ialah; JEM.
Namun ada beberapa perbezaan antara dua highway. Highway berbayar, bersih. Tidak seperti highway percuma yang kau boleh lihat sampah-sampah seperti putung rokok, kotak rokok, tayar yang sudah hancur, baju, (ye baju), serpihan kaca, dan serpihan-serpihan kereta yang berlanggaran. Helmet pon kadang-kadang boleh jumpa.
Perbezaan yang ketara ialah, highway percuma tidak punya pondok tol yang menempatkan anak-anak gadis yang manis dan makcik separa manis menghulurkan tangan mengutip duit. Tapi tak manis pon kadang-kadang tu. Masam mencuka sahaja.
Kenapa takde anak bujang duduk pondok tol? hihi