Entry terakhir 2006
Hari ini hari Jumaat. Jumaat terakhir tahun 2006. Untung para jemaah haji hari ni, mendapat Haji Akhbar.
Ikin sudah menarik nafas lega setelah memperoleh 6A 2B untuk result PMR nya. Adik aku itu bukanlah kaki study, prestasinya bukan seperti budak-budak pandai tapi Alhamdulillah, resultnya boleh membuat Mak, kakak-kakak dan abangnya tersenyum. Sebenarnya aku expect result yang lagi teruk dari itu hehe. Adik aku ini, amanah dari arwah Abah untuk kami adik beradik membesarkannya menjadi manusia yang berguna kelak.
Sudah hampir melepasi garisan penamat 2006. Macam-macam yang terjadi tahun ni. Pemergian Abah, aku eksiden, makcik aku pulak pergi genap sebulan abah pergi, dapat tengok negara orang, kenal ramai orang. Pendek kata, macam-macam lah perkara yang berlaku. Alhamdulillah, hidup aku ada pahit dan manisnya, semuanya aku rasa, tak semuanya aku suka. Resipi kehidupan.
Aidiladha yang akan datang, genap setahun pemergian Abah. Macam tak percaya je diri sudah tak punya Abah. Aku suka tengok arwah Abah senyum. Kalo tengok Pak Alang dan Pakcik, mesti akan dapat tengok wajah arwah Abah. Muka mereka ada sedikit persamaan dengan arwah. Ah, rindunya kat arwah.
Akhir tulisan, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidiladha
Dan
Selamat Datang 2007.