Bah besar

Dah lama tak update. 3 hari outstation.

Balik KL, Mak sudah risau-risau keadaan Atok di kampung. Banjir sudah hampir mencecah 3 meter. Atok dan orang kampung yang lain sudah dipindahkan ke penempatan di Rencong. Mak nangis-nangis mahu mendapatkan Atok di kampung. Nak dibawa balik ke KL.

Pakcik aku pulak, tengah-tengah air naik, isterinya sakit hendak bersalin. Khabarnya isterinya sudah berada di hospital Muar. Macam-mana ke hospital? Wallahualam.

Mak ajak aku balik kampung esok. Masalahnya, highway di Tangkak-Jasin sudah naik air. Dan dengar cerita pekan Pagoh pon naik air. Pakcik kata jangan balik sekarang, tapi Mak mahu balik juga. Kereta aku Cik Atoz tu dah lah ringan. Aduh la.

Bagaimana sih?



posted by: Aarin (reply)
post date: 12.21.06 (7:03 pm)

walaupun mak risau, tapi faizah kena pujuk lah gak jgn g, nnt ngan awak se-family tersangkut tak ke naya?



posted by: faizahs (reply)
post date: 12.21.06 (7:28 pm)

Aarin- tuh la, saya pulak yg tension



posted by: faeizah (reply)
post date: 12.21.06 (8:29 pm)

bahaya jugak..banjir nie kang stuck kat tgh jalan..



posted by: wani bunga lawang (reply)
post date: 12.22.06 (4:34 am)

adoi macam mana tu. jangan la pegi. kang tambah masalah. kang awak pulak nangis keta rosak. sudahnye sume nangis sape nak selamatkan sape?



posted by: Qasieh (reply)
post date: 12.22.06 (4:41 am)

"mendapatkan atok dikampung.." <-- best ayat neh...
cepat faizah dapat kan atok anda dengan segera..!!!



posted by: doBot (reply)
post date: 12.23.06 (6:51 am)

Lama tak masuk sini. Apa macam? sihat?

Your Name:


Your Comment: