Aidilfitri
Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN
buat pembaca blog ini.
Pesanan sempena Hari Raya ini untuk semua amnya dan diri sendiri khasnya.
1. Berhati-hati semasa pulang ke kampung. Yang drive tu, ingat lah keluarga dekat kampung. Yang naik bas, pesan dekat pemandu berhati-hati memandu. Dia bawak ramai nyawa tu. Jangan lupa, sebelum memulakan perjalanan, baca Al-Fatihah, selawat ke atas nabi dan bacalah doa naik kenderaan.
2. Jangan lah main meriam ke, mercun ke, bunga api ke.
3. Siapa yang belom bayar zakat fitrah tu, masih ada masa lagi untuk membayarnya.
4. Jangan lupa solat sunat aidilfitri, setahun sekali je tu. Marilah kita menziarahi kubur saudara mara. Ingatlah pada yang tiada, doakan mereka. Hmm.
5. Bila hari raya nanti, rajin-rajinkan lah diri berkunjung rumah sedara mara. Jangan dok depan tv je.
6. Bila hari raya juga, jagalah permakanan. Jangan main bedal semua. Selalu kalau tiba time hari raya mesti pesta cirit birit pon sama meriah.
5. Akhir sekali, jangan lupa balik ke kota setelah beraya. Kerja weih, kerja. Tunggu raya haji pulak hehe.
p/s tak ada mood kerja dah ni. hehe