Cerita isnin

Hilang-milang

Jumaat lepas, gempar. Along hilang motor. Bila nak balik dari kerja, motor takde. Motor parking depan office pon boleh hilang. Kasihan, baru 3 bulan usia motor baru itu. Aku pon tak sempat naik motor tu. Salah Along juga, hanya kunci handle, tak letak mangga pada roda.

Along cakap "Dah tak nampak bayang motor aku".

Sabtu hari keesokannya pulak, Yana hilang handphone. Hanya sedar handphone takde semasa hendak balik ke rumah, patah balik ke kelasnya, siap buat spotcheck. Tak jumpe, juge. Salah Yana juga, sebab tak check barang-barang semasa hendak meninggalkan kelas.

Yana nyanyi "Pulangkan, handphone ku itu", ala-ala Misha Omar.

Ahad, Along beritahu aku, dia mimpi kereta aku pulak hilang (Choi sungguh). Aku tanya mimpi time bila. Dia kata, mimpi masa tido selepas subuh.

Ceh, tipulah tu. Ketakutan dibawa ke alam mimpi. hehehe

Nota pendek

Mr. Jat, Terimakasih sebab jawab pasal entry "Saya yang buta kereta" Panjang pulak tu. Terima kasih juga buat CD, Kadok dan Kemat. Aku kini rabun kereta, bukan buta lagi Laughing



posted by: jat (reply)
post date: 10.15.06 (8:45 pm)

wah.. nama saya disebutkan. sama2. harap ianya membantu anda semua.



posted by: faeizah (reply)
post date: 10.15.06 (10:59 pm)

:)



posted by: cyberdad (reply)
post date: 10.17.06 (12:01 am)

sama-sama.

baguslah menyanyi masa jerebu. untung-untung hujan turun :) ampun!



posted by: neeziee (reply)
post date: 10.17.06 (7:06 am)

kereta tu ko nak bagi kat akukan?kan?



posted by: kadok (reply)
post date: 10.17.06 (6:24 pm)

saya pon masih belajar faezah...tp itu atas pengalaman..setuju dgn cd..sila nyanyi lagu2 mcm lagu katak si katak lompat ke...hahahaha..amponnn

Your Name:


Your Comment: