Saya yang buta kereta
Currently otak aku takde idea la nak update. Kerja banyak dan makin susah.
Anyway, ada beberapa soalan pasal kereta yang aku nak tanya.
1. Tadi tengah-tengah jem, kereta aku tiba-tiba mati. (kereta aku auto). Apsal eh? nak kata bateri, baru je tukar bulan 4 hari tu.
2. Brek pad. Camne nak tengok brek pad weih? Den tak reti. Suruh abang aku tengok pon diorang tak reti. Adeh. Kalo bawak pegi bengkel, takut kena tipu pulak. Camne nak tau kena tukar brek pad ke tak?
3. Harga ekon belt berapa eh sekarang? ari tuh tuka ekon belt kena RM40. Mahal ke standard price tuh (ekon belt aku yang takde gigi, tokey kedai bilang, dalam ekon belt sudah ada kotoran, tu yang ekon aku bising tu). Kena tipu ke aku?
4. Minyak brek kan, kalo korang, korang top up je ke? atau pon korang replace baru punya minyak brek?
5. Gasket. Kawan aku cerita(perempuan hehe, kereta myvi) tiap-tiap kali servis dia tukar gasket. Aku pon pelik, pasal aku tak penah tukar gasket. Soalan: kena tukar ke? hehe
6. Lagi satu, kalau nak tukar tayar kereta, tukar tayar, dengan buat alignment je kan? takde kena buat servis lain kan? Aku dah tanya tokey kedai tayar, kalo nak tuka sebiji tayar (size 13) kena RM130. Betul ke price tuh?
Sudi sudikan menjawab.
Buat masa sekarang hal kereta yang merisaukan aku ialah tayar dan brek. Abang dan bf aku cakap tayar dah botak. Abang aku suruh tukar, tp aku tgk macam ada bunga lagi. Brek tu pulak, pasal dia tak macam dulu, masa mula-mula dapat kereta hehe. Tapi still ok lg brek.
Hehehe, sekian dari saya yang buta kereta.
10.11.06 (10:18 am) [
edit]
posted by:
kadok (
reply)
post date:
10.10.06 (10:33 pm)
jwpn dari org yg lebih kurang mcm cik adik ni (xtau sgt psai kete):
1). ambo ada kete manual...banyak kali jd mcm faezah ni..lelagi masa jem..banyak kali jugak la dia terberenti2 secara tiba2..so..ape yg ambo buat..ambo suruh itu pomen..cuci dia punye throttle (dunno the spelling)..alhamdulillah lps dia cuci tu..dah xde masalah mcm tu dah...tp xtau la antara manual dgn auto sama ke idak..tp try tanya..suruh derang cuci
2. selalunya brek pad tuko bila dah tekan brake x lekat and ada bunyik skek...masa servis..suruh derang cek..itu paling senang
3. harga ekon belt tu beberapa ringgit je...tp xde lah smpi 40 kot...
4. kena replace maaa..bole top up ke? x penah buek pon mcm tu sbb ambo punye baru je lepas tuko itu minyak brek.
5. bab ni ambo x tau..gasket yg kat tempat silinder tu ke? kalau yg tu..rasanya xde...setau ambo la...sebab gasket tu tuko kalau ada leaking je kot...hehehe
6. yeye..betul tu ..tuko tayo kena buat allignment dgn balancing skali..baru la tayo makan rata..kalau tak nnti dia botak sebelah...hehhe
perlu di-ingat...komen diatas adalah dari org yg mcm faezah gak...tak berapa tahu bab2 kereta tp ada pengalaman atas 6-6 perkara2 yg disebutkan...hehehhe
posted by:
cyberdad (
reply)
post date:
10.10.06 (10:46 pm)
okeylah tu kadok dah cover semua :)
kita sama-sama la belajar.
nombor 5: jangan la bantai tukar gasket tiap kali servis. kopak woo
nombor 6: harga tayar tu kira ok la, nak murah kena carik kat kelang ke, batu pahat ke :) (tak tau kenapa kat situ harga murah. serius)
posted by:
faizahs (
reply)
post date:
10.10.06 (11:16 pm)
Kadok - throttle tuh kt bateri tuh kan?? anyway thanx, it helps me A LOT
CD - Thanx!!tp jauh la nk p kelang hehe
posted by:
ash Naniey (
reply)
post date:
10.10.06 (11:58 pm)
nampaknyer ko lagi terer drpd aku..
aku tau bawak kete jer... hehe..
tp tunang aku slalu la memantau keadaan kete aku..
tanyer dah tukar itu/ini ker? dah check itu/ini ker?
hehhe... pastu slalu gak ar dia kaci tazkirah free pasal penjagaan enjin nih
tp aku sampai skrg ni mcm x brapa tau gak.. hehhe..
tanye bf ko..
posted by:
faizahs (
reply)
post date:
10.11.06 (12:14 am)
bf aku?? hehe, tanya jugak, cth brek, dia kata ok lg .. tp aku yg riso .. pastuh pasal tyre, dia kata ok lg .. tp aku riso jugak :))
posted by:
Aarin (
reply)
post date:
10.11.06 (7:57 pm)
utk org yg buta kereta cam kita nie..mmg kena minta pendapat org ramai..nasib baik faizah dah tanya kemusyiklan saya nie juga
posted by:
kemat (
reply)
post date:
10.11.06 (11:51 pm)
errr..kete jenis haper yek..general komen walaupun x berapa cekap tapi nak kongsi pengalaman gak
1) kalau kete selau berbti time jem@ time kite bawak slow, mungkin ader masalah ngan pump minyak..tapi kalu kete baru x de la prob nie..leh juga check timeing, mungkin rendah sngt
2)antara tanda brek pad kurang berfungsi dgn efisen selain bunyi bising masa tekan brek ialah kesukaran menukar gear..loning dia dah abis la tu
3)rega x pasti..
4)minyak brek leh top up..tapi sekali sekala elok tukar terus..tapi leceh ckit..
5)tiap kali tukar tayar pastikan buat balancing ngan alignment..alignment dlm RM25..baru la tayar dlam keadaan stabil..lancar pemanduan.
posted by:
aiai (
reply)
post date:
10.12.06 (8:34 am)
waaahh... bagus soklan2 ko nih... belajor jugak kita suma orang... huhuhu...
posted by:
jat (
reply)
post date:
10.14.06 (9:08 am)
1. banyak sebab kete boleh mati waktu jam. timing rendah? problem sistem elektrikal? ada shorting? clogged air filter? overheating? kereta auto selalunya mempunyai kelajuan melahu (idling speed) yang lebih tinggi berbanding kereta manual. dia ada rasa menyentap sebelum mati? atau bila anda brek dan stop dan terus mati? ada masalah bila nak dihidupkan balik lepas dia mati? berapa kali dia mati, selalu ka? apakah anda tak boleh lepaskan minyak (dia mati bila anda lepas minyak)?
2. tuko bila rasa kete tak mencengkam bila brek. kebanyakan pad brek akan mula buat bunyi bising (high pitched noise) bila dah tiba masa untuk ditukar. kalau ada bunyi mendecit (macam tikus bunyi) bila anda brek, sila pegi tuko pad brek. atau boleh buat visual inspection (tapi kena bukak pad tu). ada lorong/parit di atas pad. jgn biarkan lorong/parit tu jadi rata.
3. belt berbeza mengikut jenis kereta. ada yang guna independent belt, dan banyak juga model yang gunakan single belt. normal price saya kena check dengan member lain yang keje kat bengkel kete. anda pakai kete apa?
4. minyak brek selalunya disuruh tuko setiap 2-3 tahun oleh pengeluar kereta (atau sehingga 40-50 ribu km). tapi ada pengeluar yang syorkan ditukar setiap tahun. saya tak pernah ikut pon. biasanya mekanik syorkan ditukar setiap 3 tahun. sebenarnya bole nak pakai sampai 5 tahun sekalipun, tapi merbahaya takut locking berlaku. topup sudah memadai sekiranya masih belum sampai 3 tahun digunakan.
5. gasket apa? ada berpuluh gasket dalam sistem enjin kereta. secara amnya, gasket tak perlu ditukar selagi tak ada kebocoran minyak. cuma kadang kala ada kereta yang letakkan oil seal di oil filter. still, itupun tak perlu ditukar setiap kali.
6. hanya 2 benda yang boleh dibuat terhadap sistem gandar dan tayar anda: alignment dan balancing. alignment lebih penting berbanding balancing. bila anda tukar tayar, seeloknya buat alignment dan balancing sekali. jikalau takde duit, abaikan balancing. jikalau lagi takde duit, abaikan alignment. atau anda boleh pujuk tokey kedai supaya bagi alignment free sbb dah tukar tayar kat kedai dia (atau mintak diskaun).
pegi buat alignment bila anda lepaskan stereng waktu kat jalan lurus, dan kete pegi kiri atau kanan (dia tak pegi lurus).
pegi buat balancing bila anda bergerak kat jalan rata, tapi stereng anda bergegar-gegar macam langgar batu-batu kecil (atau seperti jalan tu tak rata). kegagalan untuk buat alignment akan menyebabkan tayar anda makan sebelah atau lebih cepat haus.
posted by:
jat (lagi) (
reply)
post date:
10.14.06 (9:28 am)
bila disuruh cuci throttle body, mekanik akan re-tune timing enjin. sekiranya kereta anda mati sebab timing yang terlalu rendah, selepas 'cuci' throttle body, dan diubah timing, tentu tak mati lagi (sebab timing dah di-tune semula). boleh jugak kalau nak buat, tapi buang duit kerana re-tune timing enjin hanya perlukan satu screwdriver dan satu pusingan skru.
harga belt (dan semua komponen lain dalam kereta adalah murah). tapi melainkan anda boleh buat sendiri (dan mempunyai kebolehan untuk buat sendiri), RM40 adalah harga yang *reasonable*. yang mahal adalah workmanship, bukan spare parts.
sistem brek tidak mempengaruhi sistem enjin mahupun sistem gear. kesukaran menukar gear disebabkan masalah dalam kotak gear yang selalunya disebabkan kekurangan minyak gear, dan bukan disebabkan masalah lining brek.
tayar boleh diketahui dah botak bila ia nampak botak (duh). atau bila parit/lorong/bunga di atas tayar dah hampir rata, atau bila timbul corak di atas bunga tayar. kebanyakan tayar sekarang mempunyai wear indicator berbentuk garisan, yang terbenam di dalam tayar. bila garisan ini timbul dan boleh dilihat, sila tukar tayar anda.
posted by:
arhiderrr (
reply)
post date:
02.28.09 (9:13 am)
Nice article
posted by:
ANgah (
reply)
post date:
03.04.09 (2:57 am)
1) cek timing..maybe rendah kot..tak sure sgt
2) bile brek ade bunyi macam menyakitkan hati tuh..sile la tuka hik3
3) tak sure
4) boleh je topap..tapi macam sedara/i kat atas ckp kne jugak tuka..
5) servis center saje nak makap duit..padahal benda tuh dorang campak2 je..
6) x sure la..tapi macam mahal je.. tayar 215/55/16 baru 160 tayar padada... alligment n balancing..kalo x jadi pulau la..botak setengah je..
posted by:
cikMin (
reply)
post date:
05.05.09 (10:04 am)
salam.bro saya pon ade masalah yang lebey kurang sama ngan tuan tanah ni. kereta saya wira 1.6xli, auto. minggu ni dah 2 kali kereta auto off tiba-tiba, shutdown habis. pastu bila dah tekan punat reset, ok balek, yang 2nd time tuh jadi masa naik jambatan, probably sebab gegeran, so dia mati lagi. agk2 nya apa masalah nya? mohon la pertolongan dari otai2 kereta, pernah jadi mcm ni 2 tahun lepas, tp masa tu prob bateri, yang skang ni xtahu plak masalah apa.air bateri cukup je. ke wiring longgar? pls help me otai's