hehe, First time
Baca blog CyberDad, so aku pon rajin nak menjawabnya. Tapi ingatan aku tak sebagus CD la hehe.
First time, aku berpuasa.
Darjah satu, tapi tak penuh pon puasa sebulan. Lepas balik sekolah, cakap dengan mak, nak berbuka. Lepas tu mak suruh tidur. Bila bangun tidur, aku cakap dengan mak lagi aku nak berbuka, mak suruh mandi. Berkat pujukan mak, bertahan juga lah puasa aku sehari tuh. Tapi tak penuh pon masa darjah satu. Time cuti je puasa penuh, time sekolah, ada lubang.
Dulu-dulu kalau tak tahan sangat, berbuka la, amik biskut cecah air kopi sejuk belen sahur nya. Lepas berbuka rasa menyesal, hehehe. Menyesal pasal takde benda nak dimakan time tu, nak masak maggie tak reti lagi.
First time, aku berpuasa penuh.
Darjah 4. Hahahaha, so dapatlah duit raya RM30 dari arwah Abah masa tu :)
First time, aku berpuasa jauh dari family.
Masa tingkatan lima. Masa tu nak amik SPM. Sedih la jugak, dengan nak exam besar, dengan nak puasa, tapi terubat dengan makanan yang mewah kat hostel time berbuka puasa, hari-hari mesti ada lauk ayam. Tahun tuh first time makan sup ayam dengan makaroni. Kalau tak puasa, lauk tak sedap pon hehe.
First time, aku bayar zakat fitrah sendiri.
Tahun 2004, tahun mula bekerja. Sudah ada duit sendiri
First time, jatuh sakit semasa berpuasa.
Ni tak ingat, aku rasa tiap kali puasa aku akan dapat pakej demam. demam+sakit tekak+selsema+batuk.
First time puasa di oversea dan ofis
Tak pernah. Sanggup harung traffic jam demi taknak berbuka puasa dekat ofis.
First time berpuasa terlupa sahur
Tak ingat la hehe. Tiap kali puasa mesti akan ada 1, 2 hari terlepas sahur. Tapi selalunya terlepas masa dah nak akhir puasa, awal-awal ni mesti bangun.
Hehehe, tu jek la, Yang first time berbuka puasa sebagai suami/ayah tu tak boleh jawab hehe.