Mak
Minggu sudah, Mak teringin nak makan karipap. Kami bersama-sama menguli kulit, intinya sudah dimasak oleh mak.
Bila buat aktiviti bersama ni, mesti Mak menyebut kenangan bersama arwah Abah dulu. Dulu kalau Mak tengah membuat karipap, arwah Abah mencadangkan meniaga kuih-muih dekat simpang jalan.
Kalau aku tengah drive, Mak duduk sebelah, balik dari pasar, borak-borak, mesti keluar kenangan bersama arwah Abah ketika arwah meneman Mak ke pasar.
Kalau tengok orang di TV menyanyi lagu 60-an, mesti automatik cakap "kalau abah ada, mesti Abah suka"
Kalau sudah cerita pasal arwah Abah, mesti air mata Mak mengalir. Mataku pon turut sama bergenang.
Aku simpati pada Mak, kasih sayang anak takkan serupa dengan kasih sayang suami. Kalau lagu Siti Sarah bertajuk "Bersamamu" berkumandang, mesti Mak menguatkan volume radio, katanya mengingatkan pada arwah Abah.
Kasihan mak, hmmmm..