Gambar basi
Nih gambar masa kereta aku kena hentam.
Dan gambar aku hentam kereta orang.
Hehehe
17 January 2006. Peristiwa ngeri (pada aku la) seminggu selepas arwah Abah pergi. (Arwah Abah pergi 10 January 2006). Officemate aku snap guna camera phone dia. Tak clear. Dia cakap muka aku pucat sangat masa tu.

Ni Gambar bahagian depan. Masa accident ni. Kereta aku paling parah. Rasa glamour sekejap. Semua tengok muka aku yang pucat masa tuh. Jiran sebelah rumah rupanya lalu kat highway tu masa accident. Tapi dia ingat kereta orang lain.

Nih bahagian belakang. Mamat kereta belakang tuh marah aku, dia kata pasal aku tak mengelak ke kanan. Kalau tak, sempat dia nak pegi lane sebelah. Kuat gak la kena hentam, pengsan sekejap masa tuh.
Aku tak menangis pulak masa ni. Heran. Agaknya pasal seminggu sebelum tu dah puas menangis kot. Lepas menghentam dan dihentam, panic sangat. Otak dan hati aku kata "kalaulah abah ada, mesti dia tahu nak buat apa". Mujur ada officemate aku. Terima kasih la banyak-banyak.
Bila imbau balk peristiwa ni, aku bersyukur. Sekurang-kurangnya, aku takde kecederaan fizikal dan lagi buat aku berhati-hati masa memandu.
05.10.06 (3:23 pm) [
edit]
posted by:
neeziee (
reply)
post date:
05.10.06 (12:18 am)
hahahha..sungguh berkait rapat ngan entri aku "cilok" tu.ahahaha.
posted by:
blackpurple (
reply)
post date:
05.10.06 (12:45 am)
Kereta parking kat depan tu kan.. Parking bayar hari2 ke beli sticker bulanan tu...? hehehe
posted by:
c4stello (
reply)
post date:
05.10.06 (8:41 pm)
lorr camner boleh terjadi sedemikian (skima nyer ayat). alhamdulillah selmat
posted by:
neeziee (
reply)
post date:
05.10.06 (9:09 pm)
bagaimana boleh berlaku sedemikian rupa..
posted by:
kaiyuan (
reply)
post date:
05.10.06 (11:12 pm)
pergh akak faizah ni memang power.. syukur ke hadrat ilahi kerana kakak faizah masih hidup.. :) wakaka arios
posted by:
Op (
reply)
post date:
05.12.06 (5:39 am)
simpatinya. nasib baik tak apa2.
posted by:
faeizah (
reply)
post date:
05.12.06 (3:30 pm)
uihhhh teruk jugak accident tu ek...syukur u x apa2....
posted by:
Aash (
reply)
post date:
05.15.06 (3:29 am)
kereta besi pun remuk, orangnya tak apa2. kenal clark kent ke?
posted by:
faizahs (
reply)
post date:
05.15.06 (5:19 pm)
Ron - kete baru buleh, hik hik, tp utang byk lg woo
Blackpurple - taklah, kete aku paking tempat free :D
C4stello & Neezie - nasib badan, takdir .. kecuaian, kelalaian aku sendiri
Kaiyuan, Op, Faeizah - Alhamdulillah, takde pape
Aash - tak :P clerk kt office nih kenal la
posted by:
maisya (
reply)
post date:
06.01.06 (10:54 pm)
Baru jer bace blog ko....kesian nya...kalo aku dah sure nangis2....anyway dah lame dah nih kan..hope all fine..claim dpt??
posted by:
faizahs (
reply)
post date:
06.05.06 (8:47 pm)
Maisya - amazing woo, aku tak nangis ... semua dah ok :) settle dah