Perempuan uzur dan kubur

Semalam aku dalam kemusykilan.

Apa hukumnya perempuan yang sedang uzur (dalam haid) menziarah kubur ataupun mengiring jenazah hingga ke kubur? Ada yang mengatakan haram dan ada yang mengatakan boleh.

Jawapan yang aku terima:

Daripada Abdullah Ibnu Abi Malikah bahawa Saidatina A'isyah pada suatu hari telah datang dari tanah perkuburan, maka saya pun bertanya kepadanya:"Ya Ummul Mukminin, dari manakah kamu datang?" Beliau menjawab:"Dari kubur saudaraku, Abdul Rahman". Saya bertanya lagi kepadanya :" Bukankah Rasulullah melarang ziarah kubur?" Beliau menjawab :"Memang, asalnya beliau melarang ziarah kubur tetapi kemudian menyuruh menziarahinya."

(Riwayat al-Hakim dan Ibnu Hibban dari A'syah secara ringkas dan juga dari al-Atsrum)

Perempuan boleh menziarahi kubur samada haid ataupun tidak. Jika wanita haid dilarang sudah tentunya ada tambahan perkataan "kecuali wanita dalam haid".

p/s saja share ilmu



posted by: jowopinter (reply)
post date: 04.07.06 (4:42 am)

First time baca hadith ni......Thanks anyway...



posted by: faeizah (reply)
post date: 04.09.06 (11:31 pm)

biasenya kalo tgh period...my mum kata tak boleh or tak elok gi kubur. haram atau tak...ntah..i pun taktau. maybe sbb time period tu kita "kotor", so tak elok la kot.



posted by: cyberdad (reply)
post date: 04.11.06 (3:13 pm)

ada gak org yg tgh uzur duduk kat anjung masjid. dia kata yg tak boleh dalam masjid, tp kat anjung masjid boleh. macam tu pulak.. hmmm..



posted by: faizahs (reply)
post date: 04.12.06 (9:55 pm)

hmm, sekarang nih memang dah macam flexible sangat hukumnya .. tak tau mana nak ikut

Your Name:


Your Comment: