rindu

Ramainya orang dalam komuter. Dah sampai Kajang, berpusu-pusu orang memboloskan diri dari gerabak. Aku seperti biasa, tunggu Along jemput. Tengah leka cuci mata, aku nampak perempuan nih lintas jalan, Ohh, ayah dia dah sampai.

Datang pulak kereta pajero, seorang perempuan naik. Ayah dan mak dia jemput dia. Mungkin perempuan ni anak tunggal. Semalam pon aku nampak family yang sama.

 

Bila tengok perempuan tu, ayah dia jemput, hati aku tiba-tiba teringat kat arwah Abah. Semasa hayatnya ada, time aku takde kereta lagi, Arwah Abah lah yang menjemput, menghantar aku kerja. Tak pernah dia biarkan aku tunggu lama-lama kalau menjemput. Kalau arwah ada hal, kena OT, mesti dia inform cepat-cepat. Tanpa sedar, air mata aku mengalir tak tertahan.

 

Bila Along jemput, aku still dalam tangisan. Tangisan senyap

 

Atas motor tangisan makin menjadi-jadi. Aku sedekahkah Al-Fatihah

 

Sampai rumah, tangisan berhenti.

15 minit kemudian Along tanya “Apsal kau menangis tadi?”

Ohh, Along sedar rupanya aku menangis.

 

Aku jawab “Aku rindukan arwah Abah”



posted by: Abah Muizz (reply)
post date: 03.20.06 (3:08 pm)

Abah rasa sedih pulak dengar Faizah cerita macam tu. Walaupun mak ayah abah masih ada, tapi abah rasa abah boleh faham apa rasa faizah.

Apapun, sedekahkan fatihah, dan bacalah al-quran sebagai tanda ingatan pada arwah.

Your Name:


Your Comment: