Pengangkutan Awam

Semalam aku balik dengan adik aku. Janji dengan dia, jemput aku di stesen LRT Maluri. Sampai je dekat bawah tu, penuh aku tengok bas baru RAPIDKL. Yang tambangnya RM2.00 tapi dapat pergi kemana-mana tempat around centre KL. Semua bas baru-baru, plat number start dari WNP. Tak ke bas baru tu?

Apa yang aku nak cakap ialah, kenapa dekat centre KL je perlu ada perkhidmatan bas-bas macam ni? Kenapa tak diperluaskan lagi dekat sekitar kawasan yang jauh macam Puchong ke, Kajang ke? Cheras ke? PJ ke? Tak pon luar Kuala Lumpur ke? Negeri-negeri lain? Yang paling penting, kenapa perlu berpusat di tengah bandar je? Nak mengelakkan traffic jam? Dah ada kemudahan bas, LRT, monorail pon traffic jam masih menjadi masalah besar.

Aku pernah tunggu bas dekat stesen LRT Maluri sebelom diperkenalkan sistem bas begini. Dalam masa 5 minit, bas dah datang, tak perlu tunggu lama. Kalau banyak duit, boleh naik LRT dekat situ. Lagi senang.

Aku nak tengok sama ada kerajaan menunaikan janjinya untuk meng'improve' lagi sistem pengangkutan awam. Perluaskan dan perbanyakkan lagi bas dekat kawasan luar KL, contohnya rumah aku la. hehe Nak nampak bas sikit punya susah. Sejam satu. Bas mini pulak tu, kaler biru kuning. Kalau dekat kampung atok aku lagi la 'best'. Bas setiap 2 jam, paling awal pukul 8 pagi, bas terakhir pukul 5 petang. Kalau terlepas bas pukul 5 petang. Pandai-pandai la hidup bayar duit teksi nak masuk kampung.

Kalau dekat komuter kajang tu, pemandu teksi cekik darah. Cuba bayangkan, dari stesen komuter kajang tu, nak ke Plaza Metro Kajang, dia nak RM 5.00??? Gile ke apa? Kalau jalan kaki nak ke metro tu dah tak jauh dah. Makan masa 15 minit saja.

Sebab tu la aku anti sangat dengan pemandu teksi ni.

Ntahlah, tunggu dan lihat sahaja. Dah macam ni, memang terpaksa je la telan dan terima.



posted by: blackpurple (reply)
post date: 03.06.06 (7:35 pm)

antara jawapannya; sebab mentaliti pengusaha public transportation kat msia ni lebih pd mengejar keuntungan....bukan memberi service... sebab tu tempat2 'solok' ataupun tempat2 di pinggir2 KL jarang dapat perhatian........



posted by: abiumar (reply)
post date: 03.07.06 (6:28 pm)

camne dengan abi yang duk ulu ni.... tak de pilihan le jawapannya....





posted by: faizahs (reply)
post date: 03.09.06 (9:34 pm)

Blackpurple - tu la, geram

Abiumar - sabo jek la



posted by: amy (reply)
post date: 07.17.06 (4:18 pm)

tula,nak wat camne

Your Name:


Your Comment: