Dah seminggu

Dah seminggu arwah Abah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Aku nak ucapkan terima kasih dekat kawan-kawan yang SMS tanya khabar, call, tinggal komen kat tagboard, dan yang menjengah masa hari arwah abah pergi. Maaf, aku tak dapat reply semua SMS yang aku dapat, banyak sangat. Terharu aku atas ingatan engkau orang.

Arwah abah meninggal selepas orang selesai solat raya Aidiladha. Sakit kanser. Kata Mak, masa tu kedengaran takbir raya. Kuat. Aku dan adik-beradik yang lain tak dapat mengadap arwah abah semasa beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Mujur Mak ada di sisi arwah saat malaikat Izrail menjemputnya.

Kawan-kawan (Lize' tanya aku soalan ni), bukan aku taknak beritahu sakit abah aku. Aku tahu, ramai yang terkejut. Yang tahu abah aku sakit, tak ramai. Arwah sendiri taknak aku dan keluarga hebohkan sakitnya. Tak banyak dalam entry aku, aku cerita pasal arwah abah sakit. Lize', masa hari kau dengan abang Izad datang, arwah abah ada baring kat dalam bilik. Masa tu tak teruk sangat sakitnya. Mak aku ada ajak dia keluar bilik kenalkan kau dengan abang Izad, tapi arwah menolak, katanya dia malu.

Abah dah lama menderita sakit kanser. Cuma, 2 - 3 minggu kebelakangan ni, sakit arwah abah teruk. Terbaring je. Jiran lama, kawan-kawan dan saudara-mara yang datang menziarah pon menitis air mata melihat keadaan arwah abah. Aku dan keluarga lagi bertambah sedih.

Sabtu 7/1, arwah abah dimasukkan ke hospital Kajang. Kawan-kawan surau memujuk Abah mendapatkan rawatan hospital. Berikhtiar. Malam tu juga doktor tak memberikan harapan arwah untuk sembuh. 'Bersedia dengan segala kemungkinan', kata doktor yang membuat pemeriksaan ke atas arwah Abah.

Ahad 8/1, hari jadi arwah abah yang ke 56 tahun. Sedihnya, bila tengok arwah abah dalam keadaan macam tu masa ulang tahun kelahirannya.

Genap 3 hari, arwah Abah meninggal di hospital. Kami bawa balik kembumikan jenazah di tempat lahir arwah, Melaka. Masa ada hayatnya lagi, arwah abah berpesan, jikalau terjadi sesuatu padanya, minta dikebumikan di kampung di Melaka.

Kami redha, pasrah atas ketentuanNya. Dari dia menderita sakit, redhakanlah pemergiannya. Al-Fathihah buat arwah Abahku. Moga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang-orang yang soleh. Aminn.



posted by: (reply)
post date: 01.15.06 (8:44 pm)

Assalamualaikum....

Hai dak....bersabarlah dalam menempuh dugaan yang diberikan Tuhan.....kerna Tuhan amat menyayangi hambanya.....setiap yang hidup akan kembali....begitu jua kita....sampai masa....kita akan pergi jua....kita yang masih bernyawa tidak perlu lupa akan tanggungjawab sebagai seorang anak.....walaupun org yang kita sayang tidak ada disisi......tapi dia sentiasa dihati kita..... Tabah laa....



posted by: (reply)
post date: 01.15.06 (8:46 pm)

Wid nangis baca blog dak...maap ye....



posted by: (reply)
post date: 01.15.06 (9:49 pm)

faiz,aku xtau nak ckp lagi since dah chat dgn ko.apa2 pun,aku harap ko bersabar dgn pemergian ayah ko.kena kuatkan semangat.jgn bersedih sbb kalau ko sedih, mak ko pun akan sedih.that is the last thing she wanna see..see her children crying---lize'



posted by: (reply)
post date: 01.16.06 (12:24 am)

tak sedar air mata menitis baca entry nih. semoga terus tabah, doakanlah kesejahteraannya. kami sekeluarga doakan agar rohnya ditempatkan bersama solihin dan dicucuri rahmat

-cyberdad-



posted by: (reply)
post date: 01.17.06 (11:03 pm)

al-fatihah...semoga rohnya ditempatkan bersama2 org yg beriman...insya-allah

-kadok-



posted by: (reply)
post date: 01.18.06 (5:45 am)

al-fatihah , moga rohnya digolongkan bersama org2 soleh . amin ..dr afiq sekeluarga



posted by: (reply)
post date: 01.18.06 (3:21 pm)

terbaru Am baca entry ini, banyak bersabar ya Faizah, mungkin itu sahaja yang boleh Am katakan walaupun Am tahu berat betul derita yang Faizah tanggung.

Satu lagi berdoalah selalu dan hadiahkan alfatihah buat arwah

Am (http://klinikminda.blogdrive.com/)



posted by: (reply)
post date: 01.20.06 (7:13 pm)

moga rohnya dicucuri rahmat

-faeizah-



posted by: SharidaTK (reply)
post date: 01.23.06 (12:50 am)

semoga rohnya dicucuri rahmat.. alfatihah..



posted by: seridhalila (reply)
post date: 01.24.06 (8:09 pm)

faizah,
so sorry to hear bout ur father.
semoga rohnya di cucuri rahmat..
hangin there...
al-fatihah



posted by: y2chot (reply)
post date: 01.25.06 (11:57 pm)

rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan takziah atas pemergian arwah ayahnya..semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman..al fatihah



posted by: rey1rey01 (reply)
post date: 02.17.06 (7:57 pm)

Hmm..



posted by: chacuawlima (reply)
post date: 10.06.08 (4:03 pm)

How i may contact admin this site? I have a question.
iijiivei



posted by: Offenikem (reply)
post date: 11.21.08 (8:15 pm)

to: Admin - If You want to delete your site from my spam list, please visit this site for instructions: remove-url.co.cc

Your Name:


Your Comment: