kacau

aku rasa dia sengaja membuat bising,
membasuh tangannya dengan ganas bersama curahan air yang kuat,
menghentak-hentak cawan dua tiga kali,
angkat, hentak, angkat dan hentak lagi,
kemudian dengan sengaja menghentak pinggan yang digunanya,
berlalu ke mejanya
kemudian menghempas file-file yang menimbun,
menutup cover mesin photostat dengan ganasnya.

aku kira dia sengaja membuat begitu,
cemburu mungkin melihat aku lelap di bilik solat,
malang sekali bila bilik solat bersebelahan dengan pantry,
kacau tidurku.

"Boss, Boss,
boleh tak letak langsir atau ganti sahaja dinding plastik antara pantry dan bilik solat dengan batu"
"Saya nak solat, bising la bunyi diluar. Tv terpasang, keyboard diketuk. Tak khusyuk solat saya."

Langsir tu untuk menyerap bunyi sebenarnya.Dinding batu, tu boleh la saya sangkut telekung saya disitu. Kesian telekung tu, terbaring di atas lantai.


posted by: Aash (reply)
post date: 11.18.05 (5:03 am)

lelap di bilik solat? solat ka? lelap ka?



posted by: faizahs (reply)
post date: 11.22.05 (6:04 pm)

tidur .:D

Your Name:


Your Comment: