surat raya

Kehadapan sahabatku yang membaca rentetan ku ini:

Jumaat, 24 Ramadhan 1426H.

Tinggal lebih kurang 6 hari saja lagi umat Islam bakal menyambut 1 Syawal. Macam mana dengan persiapan RAYA kawan-kawan? Mesti beRAYA sakan ye tak? Mana taknya, mesti kawan-kawan semua dapat duit bonus sempena RAYA ni, tak terkecuali aku. Eheheheh. Kasut RAYA dah beli ke? Kuih RAYA dah buat? ke kawan-kawan beli kuih tunjuk je?

Di kesempatan ini, aku nak menyusun 10 jari, meminta ampun andai ada entry, kata, perbuatan aku yang menyinggung hati kawan-kawan. 0-0 ok!. Buat kawan-kawan yang memandu balik kampung tu, hati-hatilah yer. Biar lambat asal selamat. Tapi janganlah pandu lambat sangat macam makan angin pulak ye. Sentiasa ingat keselamatan orang di dalam kereta dan orang di kampung yang menunggu kepulangan kita.

Akhir kata, jangan lupa duit RAYA untuk aku ye.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Yang Benar,
Faizah


posted by: SharidaTK (reply)
post date: 10.27.05 (10:04 pm)

mana dpt bonus.. baru masuk kompani ni.. huhuhuhu...



posted by: SPIweb (reply)
post date: 10.27.05 (10:57 pm)

Selamat Hari Raya Faizah!



posted by: doBot (reply)
post date: 10.28.05 (9:33 am)

Selamat hari raya....duit raya mana?



posted by: cyberdad (reply)
post date: 10.30.05 (4:04 pm)

selamat hari raya Faizah!
maaf zahir batin.



posted by: faizahs (reply)
post date: 11.08.05 (2:28 pm)

Sha - eheheh, sabar yer

SPIweb - Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Dobot - duit raya kat dalam bank

Cyberdad - samalah kita



Your Name:


Your Comment: