Solat Tarawih

Solat Tarawih bererti solat yang merehatkan. Bersesuaian dengan namanya, umat Islam tidak seharusnya mengerjakannya dalam keadaan kelam-kabut atau tergopoh-gapah semata-mata ingin cepat selesai. Sebaliknya, orang yang menunaikan solat sunat Tarawih dalam keadaan kelam-kabut akan hilang penghayatan dan khusyuk. Mereka ini disifatkan oleh Rasulullah sebagai ‘pencuri’.

Rasulullah bersabda bermaksud, "Seburuk-buruk pencuri ialah mereka yang mencuri daripada solat mereka." Maka sahabat pun bertanya: "Wahai Rasulullah! Bagaimana mereka mencuri daripada solat?" Maka Rasulullah menjawab: "Mereka yang tidak sempurna rukuk dan sujud (iaitu mengerjakan solat dengan tergopoh-gapah)." (Riwayat Ahmad, al-Tabrani dan Ibn Khuzaimah).

---hmm, patutlah semalam macam tak khusyuk je. Ngantuk punya pasal---

Your Name:


Your Comment: