Iklan
1. Iklan shampoo. Terutama part yang mana rambut tu ditiup angin. Nyampah pulak aku tengok. Tuh semua taktik teknologi komputer. Berkilau camtuh? sungguh tak logik.
2. Iklan Court* M*****. Hehe, memang bisnes Court* beli dan bayar kemudian. Tapi takkan beli ikan kat pasar, beli dan bayar kemudian? Takkan nak tunggu selepas 6 bulan baru bayar? Makanan tuh, tak elok hutang.
3. Iklan pampers budak. Kalau tumpah air, pampers boleh serap tumpahan air. Nih lagi tak logik, kalau air tumpah, biasanya mak bapak yang kena lap air tumpah dan bukan pampers. hihi
4. Iklan kicap kot. Yang atok dan nenek boleh tolak kereta ke depan, isterinya boleh menyelit masuk ke dalam kereta (sebab kereta dah dihimpit kiri dan kanan) dan anaknya dengan cepatnya memasukkan barang ke dalam bonet. Hehe, power betul masing-masing lepas makan kicap.
Apa lagi ek. Tak ingat pulak. Tapi kalau bulan puasa ni, kurangkanlah iklan makanan :D hihi.
Tak sabar nak tengok iklan raya.