Jumaat yang lain

Puasa mungkin bermula Rabu minggu depan. Tapi macam-macam orang dah promote kuih raya. Alahai, sabar je la. Kawan aku, officemate dia jual Biskut Mawi. Biskut biasa je, ada kacang. Eleh, biskut kacang la tuh kan. Tak pasal-pasal Mawi dapat nama. Aku gelak jek bila dia dipaksa beli biskut tu.

Malam esok, Selangor akan menentang Perlis untuk final Piala Malaysia. Aku sokong jek Selangor, pasal aku duduk Selangor hehe. Sebenarnya, aku tak berapa mengikuti perkembangan bola. Sebab aku tak minat pon hehe. Tapi aku tengok perlawanan bola kalau tu game final dan kalau ade World Cup. World Cup best sikit, pasal macam-macam ada.

Aku baru tahu maksud ‘offside’. Tu pon aku tanya kawan aku. Minggu lepas masa game Selangor vs Perak aku tanya Abah, Abah explain sekali. Aku tak faham, bila tanya kali kedua, Abah dah malas nak layan. Heh, pity me.

Ehh, cepat aje dah Jumaat balik. Malam ni sedara Abah dari Melaka nak datang. Jeng jeng jeng, esok ada special makan-makan. Mak Long (kakak Abah) nak masak lauk asam daging special. Bahan-bahan semua dibawa dari kampung. Walhal Mak baru masak lauk tu minggu lepas. PEH, sedap.

Panjangnya aku update. Ok tutup karangan.


posted by: doBot (reply)
post date: 09.29.05 (10:56 pm)

selain offside, orang malaysia panggil 'curik ayam'. Aku pun tak minat bola. Adakah aku lelaki yang tidak normal???entah la...(ikon muka sedih)



posted by: faizahs (reply)
post date: 09.29.05 (11:00 pm)

ala dobot, ramai lagi laki tak minat bola. kalau kau tak minat perempuan, memang lelai yang tidak normal la tuh . hiks



posted by: niknazlyne (reply)
post date: 09.30.05 (11:18 pm)

i tak minat bola .hubby mengadap bola i mengadap komputer. dah lebih 100 rgt berhabis order biskut raya ..tapi takde biskut mawi. (cuma kek yg nak buat sendiri)

Your Name:


Your Comment: