Penilik Nasib
Beria-ia pujuk aku, nak tilik nasib aku. Minta aku kertas dan pen untuk melukis. Aku tak bagi sebab aku tak berminat nak tahu. Bila dengar aku tak berminat, pandai pulak dia cakap “ Saya tengok kat wajah awak ada 3 happiness. 2 anda dah capai, lagi satu bakal mendatang, awak bagi saya pen dan kertas biar saya tunjukkan dekat awak. Sebab rugi kalau awak lepakan peluang ni”. Duh, tergelak aku. Aku tanya dia, ada bayaran tak. Dia cakap, bayar seikhlas mungkin. Seringgit tu pada aku dah ikhlas dah. Dia cakap paling minimum RM10. Ceh!.
Lama jugak la aku nak menghalau orang tu. Berubah muka dia bila aku berkeras taknak tahu masa depan aku. Memang aku tak mahu tahu. Tak suprise hidup.