update

Lama ye aku tak update. Aku cuti Selasa sampai semalam. Abah tanya, kenapa aku tak cuti seminggu terus. Aku jawab aku sayang cuti. Lagi 15 hari je tinggal. Nak simpan untuk cuti raya. Tahun ni aku nak beraya sakan.

Isnin baru-baru ni, officemate accident. Naik motor berlanggar dengan kereta. Kereta tu berhenti sebab kehabisan minyak. Agaknya officemate tak dapat mengelak, terlanggar sisi kereta. Kaki kirinya patah. Lutut masuk besi. Seriau tengok. Syukur nyawanya masih dipanjangkan Allah.

Aku taknak cerita pasal merdeka. Aku tak menyambutnya. Malamnya merdeka aku duduk dekat rumah je. Tak nampak bunga api, tak nampak jalan jem, tak nampak orang ramai. Cuma aku bersyukur, dapat hidup di bumi Allah yang aman damai, jauh dari peperangan. Merdeka dari jajahan. Maju dengan pembangunan.


posted by: Ayah (reply)
post date: 09.04.05 (2:33 pm)

Engko dok rumah tu buek apo? Mengaji quran? Ke tido?



posted by: arjuna (reply)
post date: 09.04.05 (4:37 pm)

emmm.kawan aku eksiden gak baru ni langgar kren.kaki dia nak kena potong sebab urat darah dia semua putus.sedih sgt tgk dia.akal dia pun ting tong sebab gegaran yang kuat di kepala.ya tuhan,selamatkan la kawan aku tu...

tol samy vellu? kat johor biasa la tu ada tolllll.muahahahaha.



posted by: faizahs (reply)
post date: 09.05.05 (5:17 pm)

Ayah - mengemas :D

Arjuna - johor kg aku takde pon eheheh

Your Name:


Your Comment: