geram..eeee

Sumber Berita Harian

KOTA BHARU: Seorang nelayan tua dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen I, di sini, semalam, selepas didapati bersalah merogol seorang kanak-kanak lembam berusia 11 tahun tujuh bulan, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Abdul Rahman Yaakub, 59, bagaimanapun, terselamat daripada hukuman sebat kerana faktor usia yang lanjut.

Beliau dibenarkan ikat jamin RM20,000 dengan dua penjamin sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Hakim Mohd Yazid Mustafa ketika menjatuhkan hukuman itu berkata, mahkamah mengambil kira pelbagai faktor termasuk perbuatan tertuduh mengambil kesempatan terhadap mangsa yang rendah tahap pemikirannya.

“Mangsa pergi ke rumah tertuduh kerana berkawan dengan anaknya tetapi ketika itu anak tertuduh tiada di rumah.

“Ketika kejadian tidak berlaku unsur kekerasan dan pada siang hari, tertuduh mengambil kesempatan mempengaruhi mangsa yang kurang tahap pemikiran sehingga berlaku persetubuhan,” katanya.

Terdahulu, peguam bela Latifah Ariffin memohon hukuman ringan terhadap tertuduh berikutan keinsafan dan penyesalan yang ditunjukkannya terhadap kesalahan yang pertama itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Aida Farihan Mohd Nawi, dalam hujahnya memohon hukuman maksimum 20 tahun kerana akibat perbuatan tertuduh, mangsa mengalami trauma dan mengandung.

Katanya, janin dalam kandungan mangsa juga terpaksa digugurkan atas nasihat pakar kerana keadaan diri kanak-kanak itu yang tidak mampu berdepan keadaan terbabit.

========================= =================

Aku tak faham betullah. Sampai hati orang tu nak buat tak senonoh dengan orang kurang upaya macam tu. Eeeee, geram betul


posted by: faizahs (reply)
post date: 08.02.05 (5:19 pm)

btul



posted by: SharidaTakuya (reply)
post date: 08.07.05 (4:09 pm)

xpatut dimaafkan.. oooo... menyesal.. abis tu budak yg kena tu xpikir masa depan dia.. teruk betul!!! dah tua buat le perangai org tua.. nasib baik le saya xjadi hakim.. xtau le....

Your Name:


Your Comment: