Mencari Cinta
Sana sini orang bercerita pasal siri realiti TV yang baru Mencari Cinta. Masuk Forum Cari dan Melayu.com pon mesti ada topik ni. Geng Jurnal pon ada thread pasal mencari cinta. Rata-rata komen yang aku baca lebih kepada negative. Macam kejam pulak komen-komen pembaca. Sampaikan abg long Elly tampil membalas komen yang rata-rata mengutuk family perempuan.
Hmm, pada aku pulak, memanglah memalukan. Tapi ini kan salah satu cara untuk cari jodoh. Tak salah berusaha. Manalah tahu, jodoh Si Elly tu boleh dapat dengan cara macam tu.
Dah 2 minggu aku tak ketinggalan tengok cerita ni. Seisi keluarga menunggu depan tv sampai habis. Dah 2 minggu jugaklah, cerita Sembilu tak bersiaran di rumah. Mak memang ikut cerita Sembilu. Rugi Yusof Haslam kerana kehilangan seorang penonton setianya. Berjaya jugak cerita Mencari Cinta menarik perhatian Mak. Tu la, Datuk, lain kali jangan panjang-panjangkan cerita. Sila sudahkan cerita Sembilu.
07.29.05 (9:19 am) [
edit]
posted by:
Op (
reply)
post date:
07.29.05 (1:53 pm)
saya dah jumpa cinta saya. malas nak carik dah hehehe
posted by:
cyberdad (
reply)
post date:
07.31.05 (10:02 pm)
tu la hakikat reality TV.. kalau tak suka, habih dicemuh org.. dlm kes mencari cinta ni, yg dicemuh pun ada salah, yg mencemuh pun salah jugak... tu yg sampai balas membalas komen tu..
yg untung sykt TV ngan telco SMS!
posted by:
faizahs (
reply)
post date:
07.31.05 (10:34 pm)
Iwan - gerak khas pon tak habis-habis jugak
Op - senang hidup Op dah jumpa :P
Cyberdad - tu la, yang untung orang lain.