Bihun sup? Bihun soto? Soto?

Aku : Kak, saya nak bihun soto satu, air sirap satu
Kak : Bihun soto satu, sirap satu (arahan pada tukang masak

Tidak lama kemudian, bihun soto dengan sirap sampai. Terkedu sekejap aku.

Aku : Kak, ni bihun soto ke?? (dalam hati : akak ni dengar ke tak aku order ape tadi)
Kak : Yelah
Aku : Apsal ada nasi impit plak kak, saya order bihun soto.
Kak : Bihun soto la dik, bihun campur nasi impit. Kalau bihun sahaja tu nama dia bihun sup.
Aku : Lor, yer ker kak, Takpe la camtu (dalam hati : aik!aik!aik!, aku salah ke dia salah??)

Dah makan sesudu dua, datang balik akak tadi

Kak : Boleh dik?? Jangan keliru pulak
Aku : Dah makan dah kak. Ehehe kira bolehla tu.

Aku hairan betul. Setahu aku, kalau bihun soto tu, bihun + daging ayam banyak-banyak + sup. Kalau soto sahaja barulah nasi impit + daging ayam + sup. Kalau bihun sup pulak bihun + sup.

Aku malas nak argue dengan akak tu, perut dah lapar masa tu. Dia yang bukak kedai makan, agaknya dia lagi tau kot.

Pelik-pelik.


posted by: pakbear (reply)
post date: 07.07.05 (4:02 pm)

secara dasarnya, kuah soto dan kuah sup pun dah tak sama. kuah soto, kuah sotoo.. kalau sup rasalah lebih supnya. tak taulah camner kaka tue salah paham. nak 'kaber-line' kot?! hehehe



posted by: ziemash (reply)
post date: 07.07.05 (4:46 pm)

faiz.. skrg mmg byk dah jual mcm tu. soto + mee @ bihun = mee @ bihun soto. tapi kuah tu sama je



posted by: faizahs (reply)
post date: 07.07.05 (5:21 pm)

tp nak buat camne, akak tuh cara dia semalam, macam dia aje yg betull... makan je la :d



posted by: PenaBiru (reply)
post date: 07.07.05 (9:09 pm)

setahu mad kalau soto kena ada nasi impit sekali, tak kira lah bihun atau mee soto
bagi mad lantaklah ada ker tak, janji kenyang, betul tak



posted by: tazmania (reply)
post date: 07.08.05 (2:52 am)

pelik betul ian baca....
kalau kat singapura....
soto ayam ada ayam, sup dan nasi impit atau lontong....
kalau mee soto atau bee hoon soto...
mee dan sup



posted by: cyberdad (reply)
post date: 07.08.05 (6:47 pm)

hehehe.. anyway, sedap tak? kalau sedap berbaloi la confuse sekejap tu :)



posted by: Op (reply)
post date: 07.10.05 (5:27 am)

bihun soto tak nak nasi impit hehe



posted by: faizahs (reply)
post date: 07.10.05 (3:59 pm)

Mad - betul!

Ian - sini banyak sangat versi makanan :D

Cyberdad - boleh tahan.. :D

Op - kalo kt pasar malam, order bihun soto, mmg dia tk bagi nasi impit :D



posted by: SharidaTakuya (reply)
post date: 07.11.05 (11:56 pm)

hahahaha.. saje kakak tuh nk kena kan awk.. haha.. tpi saya pernah kena jugak.. saya nk minum air honeydew.. dah g kedai melayu.. ckp nya pun melayu lah.. saya order air tembikai susu.. skali yg dtg.. warna pink.. mg pelik tpi minum gak.. sbb ingat mungkin stail baru.. lagipun mlm.. ingat warna cawann.. skali.. tembikai merah + susu = tembikai susu.. hahahahaha.. best best!!!

Your Name:


Your Comment: