Jual diri kerana terdesak
Sumber
Harian Metro[u]Jual diri kerana terdesak[/u]
SAYA sering membaca kisah wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak.
Punca pendapatan ini secara terang adalah haram.
Persoalannya, adakah kehidupan dan pendidikan anak yang membesar dengan wang begini akan mendapat keberkatan Allah?
Adakah anak yang mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut berdosa?
Dan bagaimana pula hukumnya jika wang itu digunakan untuk membayar zakat fitrah?
RAZIN
Kuala Lumpur
JAWAPAN
HUKUM di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang.
Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu ‘terpaksa’, membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya.
Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan.
Perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa.
Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan.
Di sinilah timbulnya tanggungjawab masyarakat untuk membantu.
Orang terdesak dan darurat tidak mungkin mampu membayar zakat fitrah, bahkan dia tergolong layak terima fitrah.
Jika sampai ada lebihan, bererti dia sudah tidak darurat.
[b][u]PENDAPAT AKU[/u][/b]
TAK SETUJUNYA!. Ada lagi ke darurat-darurat macam tu zaman sekarang? Banyak lagi kerja lain yang boleh dibuat. Kalau betul terdesak pon, takkanlah tak boleh pinjam duit ke, mintak tolong jiran ke. Aiseh.. Tak logik betul jawapan.
06.22.05 (12:42 pm) [
edit]
posted by:
me01my (
reply)
post date:
06.21.05 (9:59 pm)
TAK SETUJU gak!!!..org yg jawab persoalan tu mmg laaa..mcm mana laa dia b'fikir..cuba menghalalkan sesuatu yg sememangnya HARAM..
'MATLAMAT TAK MENGHALALKAN CARA'
adakah ni salah satu tanda² nk kiamat???
wallahualam..
posted by:
Op (
reply)
post date:
06.22.05 (12:57 am)
aku pun tak setuju jugak. skrg ni macam2 kerja boleh buat.
posted by:
ziemash (
reply)
post date:
06.22.05 (5:43 pm)
erm. darurat tu bila kita mmg dah takde pilihan lain kan? kalau kesempitan hidup, tak la darurat sgt kan? maksud zie, ada lagi benda lain yg dia boleh buat. lain la mcm 1 kes, sekumpulan org yg tersesat dlm hutan, terpaksa makan khinzir & daging kawan yg dah mati semata utk buatkan diorg terus hidup dlm hutan tebal?
posted by:
amoi (
reply)
post date:
06.25.05 (7:31 am)
1)Aku ada seorang 'guru' yang mengaja kami di kampung rebana / hadrah. Apabila dia berhijrah ke KL , dia telah bekerja di sebuah kilang arah dekat-dekat dengan Pudu. Aku terfimir pulak, dalam banyak-banyak kerja, kerja ini yang dilakukan oleh guru rebana aku tadi.
2)Sebagaimana biasa , apabila aklu terlepas ke KL , aku dibawa ke kawasan Chow kit oleh kawan-kawan aku - waktu malam lah. Mak datuk , ramainya perempuan Melayu kat sana termasuklah Mak Nyah. Dari risikan aku, mereka ini ramai dari Kelantan, mungkin berdasarkan slang yang digunakan, aku tidak berapa pasti. Maaflah kepada orang Kelantan. Mungkin Pattani kut, sebagaimana Hatyai ....
posted by:
Sham (
reply)
post date:
09.23.09 (12:41 pm)
Betul,sy setuju