Semalam mak call.

Sambil nangis-nangis dia mengadu dengan aku.

Aku ni bukan boleh dengar mak aku nangis, nanti aku nangis sama.

Dengan rasa sebak, aku cuba juga pujuk mak.

Bila dah letak telefon, suami tampar manja.

"Apa la, sendiri nangis, nak tenangkan orang yang nangis"

Abis tu camno?

38minggu.

Sekarang adalah sangat tidak larat.(takde la tak larat sangat, tipo betoi)

Bos dah bagi keizinan buat kerja dari rumah, dengan syarat saya boleh berinternet dan cek email dari rumah.

Jadi amik keputusan untuk lepak dirumah mak.

Ada orang (kalau sudah turun tanda) dan makanan. hheheheheheeheh

Tolong doakan saya dan anak yer.

 

Suami masih lagi simpan semua surat yang aku bagi masa zaman kami bercinta dulu.

Semalam dok tayang.

Suruh aku baca.

Tapi aku malu. wahahah

 

So semalam basuh seluar dan baju kerja suami.

Aku keluarkan dah isi barang dari poket depan seluar.

Masuk mesin, bubuh sabun, tekan punat dan mula basuh.

Lepas tu, ambil penyapu, mula menyapu rumah.

Tergerak pulak hati nak buka penutup mesin basuh, tengok-tengok ada benda merah dalam mesin yang tengah membasuh, penuh dengan buih sabun.

Aku ambil, rupa-rupanya duit RM10. Tengok-tengok lagi, ada lagi duit RM10.

Dah capai duit tu, ternampak pulak lesen memandu.

Ngeeee, stopkan mesin sekejap.

Rupa-rupanya terlupa nak keluarkan wallet suami.

Habis basah. Huhuhhu. Nasib baik belom terendam lama lagi.

 

Suami SMS, tanya banyak kerja ke kat office.

Nak je jawab, banyak, tengah nak bercucuk tanam, menternak binatang, pastu memasak(dah bukak cafe).

Penangan main game kt FB

hehehe

Di hening malam yang sunyi, tatkala semua orang sedang enak dibuai mimpi,

tiba-tiba:

Isteri : ABANG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! !!!

Suami : Huh, kenapa sayang, kenapa?

Isteri : Kaki, sakittttttttttttttttttttt ttttttttttttttttttttt.

Tu ler, si isteri kena cramp(simpul biawak).

Sakit gila, dah 3 kali kena sejak mengandung ni.

uhuhuh.

Kesian suami, nasib baik takde sakit jantung, tengah-tengah tidur ister menjerit 

Heheh

Selepas solat raya, adik ipar tanya aku:

"Kak, kita dah raya ke?"

Aku pon pelik, walhal tadi pergi solat raya sama-sama.

"Kita belom raya lagi rasanya" tambah adik iparku lagi.

Lantas dia pon hulurkan tangannya kat aku , cakap selamat hari raya dan mintak maaf.

Oooo, cakap la belom bermaafan, barulah aku paham

Adeh la