Bulan puasa ni baru la rasa relax skit.

4.30 dah balik. Sempat masak.

Kerja pon tak banyak(hampir takde).

Banyak duduk dalam office. Kalau tak asyik kerja kat luar je.

Boleh la update blog. Huehuehue

Hari nih bangun sahur(setelah tak bangun semalam, menyebabkan aku lembik bila jam mula 5.30ptg)

Masak tomyam ayam makan dengan nasi.

Suami bukan jenis makan sahur(yeahoo, senang kerjaku). Tapi paksa jugak dia bangun minum milo. 

Sahur kan sunat.

Sunat kan pahala.

Hari nih, terjaga jam 5.41 pagi.

Sempat minum air masak segelas.

Adoii la.

 

 

Semalam merayau di pasar ramadhan.

Hajat hati nak makan kuih lopez. Beli la 3 keping. (1 makan waktu berbuka, lagi 2 nak makan kol 9, tengok2, sudah masam kelapanya, eeee, rugi je)

Teringin nak minum air tebu, tapi tak yakin lagi.

Terasa nak minum teh bunga pun ada jugak. (Ari ni nak pergi beli teh bunga pulak hehe)

Sekali baru teringat, nak minum teh ais. Dah lama tak minum.

Sedap rupanya teh ais aku buat (kehkehkeh). Kawwww..

Punya la kaw sampai kol 1 lebih takleh tidur. 

Agaknya penangan teh tarik tu. Huhuhu

Pagi ni ngantuk betul.

Menyampah betul tengok TV.

Asyik cerita masak-masak.

Tengok orang makan.

Even tengok orang minum pon aku menyampah .

Hihihi

Jadi diharamkan menengok tv di siang hari.

Mengaji lagi baik.

Nampak handphone suami. 1 Message Received dekat skrin handphone.

Aku pon bawak ler handphone tu, tunjuk kat suami.

Suami lepas baca dia gelak-gelak.

Aku pon tanya la, siapa SMS.

Suami bilang, ada perempuan SMS dia pasal bra.

APA??

Terus aku sambar handphone tu dan baca SMS.

Rupanya SMS tu dari aku, heheh.

Seorang kawan SMS aku, tanya pasal bra extension.

Tanpa ku sedari, terantor dekat nombor suami.

Adoi la.

Hari ni rasa boring ya amat kat pejabat.

Aduh ler.

 

 

Ni gambar dinner semalam. Sempoi aje.

Ikan goreng, keropok ikan dengan ikan singgang.

Semua ikan, sayur takde hehe.

Suami tanya, ni mesti lupa bubuh cili api dalam kuah(masak singgang)

ERkk, memang terlupa pon.

Sebenarnya, ada beberapa perkara yang merisaukan aku sejak akhir-akhir ini:

Kerja.

Ada benda besar yang berlaku dalam syarikat yang aku kerja sekarang. Rasanya benda tu tak menjejaskan, tapi still kena prepare, mana tau kot-kot ianya akan menjejaskan kerja ku. Dan aku mengambil langkah untuk cari kerja lain dalam bulan Mac-April tahun depan.

Lambat sangat tahun depan tu kan?

Bonus.

Bila dah berlaku benda-benda tak dijangka dalam syarikat, mulalah hati ni risau, dapat ke tidak bonus raya ni? Huhuhu

Lain-lain.

Yang lain-lain ni, biorlah aku pendam je. Tak sesuai nak cerita huhu.

YaAllah ya tuhanku, Kau permudahkanlah segalanya.

Semalam, mak suruh call dia balik.

Aku pon call mak semula.

Ada ke dia nak tanya macam mana nak bukak casing tempat taruk beg sampah kt vacuum tu.

Adoiyai.

Ye la, selama ni, aku yang dok mop dan vacuum umah.

La ni, semua mak kena buat.

Kesian mak.

Minggu lepas kena mengajar. Adalah sikit buat sesi perkenalan

Aku : Boleh tak semua perkenalkan diri masing-masing, dari bahagian mana dan apa expectation anda untuk training ni.

Lady : Nama saya *****. Saya dari ****, saya datang training ni sebab boss saya tak dapat datang, jadi dia minta saya ganti tempat dia.

Adoi la! Lady tu kerani kewangan je, bidang dia memang tak related langsung dengan apa yang diajar sepanjang training.

Aku terlupa nak hantar work report bulan lepas,

Aku : En. boss, saya lupa la nak hantar work report saya bulan lepas

Boss : Saya tauuuuuu (panjang tau dia cakap tau ni)

Please blame the hormone yeahhh. hehe

Semalam call adik.

Tempat dia belajar diarah tutop.

Tempatnya ada seorang pelajar confirm H1N1.

Adik kena kurantin.

Mintak-mintak takde ape-ape.

Boleh balik, drive kete kak Ngah, Abg Ngah dah siap belikan sticker P.