Mula-mula dulu, bila job scope dah kena tukar, rasa seronok sangat.

Pergi sana-sini, jumpa ramai orang, kenal orang baru, tengok tempat orang, makan dan makan. Dan yang paling seronok, claim yang masyuk.

Sekarang, rasa penat pulak, rasa nak duduk office je.

Mujur lepas ni projek baru di sekitar Lembah Klang.

Tak payah out station lama-lama.

Gigi sudah ada besi. Besi untuk mencantikkan kedudukan gigi.

Abis la. Lepas nih tak boleh gelak besau besau.

Tiba-tiba, rasa macam ugly betty pulak. Dengan spek di mata, besi di gigi.

Aku : Ko pergi bape orang long?

Along : Ada la dalam 10 orang. Tadi tu keluar p beli ayam la, hot dog la, nak buat barbeque esok.

Mak : Bukan barbeque la, bibique.

Aku : Laa, bukan la mak. Barbeque la.

Mak : Tu Cik Normah Blok C tuh cakap bibique.

Along : Bukan, Cik Normah tuh pon dah salah

Hahahahh

Aish, kesian mak aku.

Hujan je sepanjang raya aidiladha semalam. Tak pergi kemana pon. Tapi duduk rumah, berbaju raya jugak. Saja nak feel hehehe.

Tak sihat sangat ni. Esok dan lusa ada training.

Jumaat cuti.

Baca ni di friendster.

 

Hehehe, Selamba aje nizi. Selamat Pengantin Baru yer Niji. Maaf, aku pon tak datang kenduri ko.

 

Minyak turun banyak dah. Lega rasa. Alhamdulillah 

Jadi Sekarang ulang-alik dari rumah mak ke tempat kerja.

Suka mak. Ada teman dia tidur. Hehehe.

Tapi letih, jalan teruk sesaknya.

 

Isnin. Nak buat HIV test di salah sebuah klinik kerajaan. Aku pergi ke kaunter bertanya. Perempuan tu bilang "Kami hanya buat HIV test hari Rabu dan Jumaat sahaja".

Tadi pagi aku pergi lagi. Tanya lagi dekat kaunter. Perempuan tu (perempuan yang lain) bilang "Kami hanya buat Rabu petang dan Jumaat petang sahaja".

Ciss! Ampeh betul. Cuba la bagi maklumat yang lengkap lain kali.

6.26p.m

Baru nak gerak balik. Tapi hujan kat luar. Memang la kereta ada bumbung. Tapi fobia drive dalam hujan.