Syukur Alhamdulillah.
Kadang-kadang, tak patut jugak aku nih. Selalu susah hati, pening kepala, nangis-nangis memikirkan sesuatu.
Tapi aku lupa, rezeki Allah tu dekat mana-mana je. Doa, usaha dan tawakal je. (perkara yang aku selalu lupakan)
Ampunkan aku ya Allah.
10.30.08 (3:02 pm) [
edit]
2
Comments
Budak-budak dekat office nih, kalau tiba-tiba kata aku makin kurus mesti ada makna.
1. Sebab nak mintak tolong restart wireless
2. Sebab nak suruh aku buat air nescafe.
3. belanja makan(kalau time tu gaji atau claim baru masuk)
10.22.08 (7:21 pm) [
edit]
3
Comments
Sabtu lepas, tengah hari.
Tiba-tiba client call. Tanya.
"Faizah, macam mana nak print screen ni, saya tak reti lah laptop saya nih"
Adei!
10.20.08 (5:56 pm) [
edit]
3
Comments
ketupat
Hari Jumaat, aku balik rumah mak kampung. Malam tu tolong mak anyam ketupat. Selain nak makan, ada orang nak datang beraya sabtu tu.
Ye, aku tau anyam ketupat, tapi aku paling reti anyam ketupat bawang.

Kalau aku menganyam ketupat pasar, dia jadi ala-ala trapezium tak jadi. Heh!

10.13.08 (4:34 pm) [
edit]
6
Comments
Cerita spek
Nak cerita kisah hari raya lalu.
Masa hari raya ketiga, spek mata aku hilang. Kisahnya bermula bila aku bangun tido(tido petang, mamai makan ubat, sebab tak sehat masa raya). Cari - cari spek tak jumpa. Habis aku punggah barang-barang kat rumah atok aku, mencari spek mata.
Bila tak jumpa, mulalah aku menanya kat emak aku kot-kot dia nampak spek tu. Mak kata tak nampak. Aku tanya makcik aku, dia kata nampak dekat dengan telefon. Aku pergi tengok, rupa-rupanya tu spek mata atok.
Sudahnya, semua orang aku tanya di mana spek aku. Semua jawab tak tau.
Aku pon offer, siapa-siapa jumpa spek aku, aku bagi dia RM10.
Sepupu-sepapat pon semua tolong mencarikan (tolong sebab duit heh!). Macam kes dengan makcik tadi, diorang tunjukkan spek atok kat aku. Aku kata bukan, spek aku macam nyamuk kaler dia, belang-belang.
Cari-cari lagi. Tak jumpa juga. Sepupu-sepapat sudah mula give up.
Aku up lagi reward ke RM20. Sekali lagi rumah atok dikumbah nak mencari spek mata aku.
Tiba-tiba salah seorang sepupu cakap "Ntah-ntah Mak ngah teramik, sebab tadi masa dia nak balik, dia cari spek"
Sudah! Cepat-cepat call Mak Ngah yang dalam perjalanan balik ke KL. Memang betul, rupanya dia terambil spek aku.
Raya kelima baru aku dapat pakai balik spek.
Mujur rabun tak teruk. Tapi sakit juga kepala tanpa penglihatan yang terang. Huhu
10.09.08 (2:29 pm) [
edit]
2
Comments
Dah dapat email. Confirm kena pergi ke sana lagi. Tapi bukan sebulan macam dulu tu.
Tapi mcm 50-50 nak pergi. Dah tanya boss, takde duit poket diberi.
Pulak tu, masa kena pergi tu, bertembung dengan raya haji.
Haishh, kacau.
10.08.08 (5:31 pm) [
edit]
4
Comments
Malas nak cerita pasal raya. Ahaks.
Tadi message boss:
Salam. Boss, saya nak mintak cuti esok boleh tak? Sorry for the short notice.
Boss reply:
Cuti le.
Hoyehh hoyehh
10.06.08 (2:51 pm) [
edit]
5
Comments