Pemerhatian

Ada beberapa sebab kalau orang tu tanya berapa umur kita:

1. Dia memang hendak tahu umur kita.

2. Dia hendak membandingkan umurnya dengan umur kita.

3. Supaya memudahkannya untuk memanggil kita dengan panggilan hormat seperti kakak, abang atau adik.

Dan soalan-soalan umur ini, selalunya orang akan jawab dengan jawapan yang berikut:

1. Berahsia mengenai umurnya.

2. Berterus terang mengenai umurnya.

3. Menyuruh orang meneka umurnya.

Jawapan nombor 2, paling jarang kita dengar. Kalau kita dapat jawpan pon, dia akan menyuruh kita meneka umurnya dahulu.

Aku selalu suruh orang teka umur aku, kemudian baru aku beritahu umur aku yang sebenar. Dengan cara ini, aku dapat mengetahui sama ada aku nampak tua dari umur atau muda dari umur.

Hihihihi

Pergi kursus kahwin. Sementara menunggu kursus bermula, pihak penganjur menyiarkan filem cerita Ahmad Albab.

Aku faham maksud tersirat filem ini, salah satunya, kita jangan bongkak dan aku lihat, ada banyak pengajaran yang bagus untuk suami isteri.

Mujur tidak disiarkan filem Madu Tiga

p/s - jangan tanya aku bila hendak kahwin. Tanya dia.

 

Hendak blog, tapi tidak tahu apa hendak tulis.

Hendak tulis, tapi rasa perkara itu tidak patut di kongsi.

Heh

Ustaz kata, dah jadi isteri nanti, jangan kedekut.

Kalau suami mintak nak kawin lagi satu, izinkan, jangan kedekut.

Untung isteri, dapat member baru.

Ustaz cakap, bukan aku cakap.

 

Aku dah jadi Mak Ngah wei!

Boss keluar arahan, kami kena prepare report bulanan. Dalam report, catit masalah yang dihadapi, kerja yang dilakukan, dan cadangan yang perlu.

Haiyoo!

Bila kau deposit cek ke dalam mesin, ianya akan ambil masa selama 4 hari bekerja untuk 'clear'.

Huh, menyesal aku. Kalau tau, aku deposit kan di kaunter sahaja.

Duit tinggal RM20 je. Hari Rabu minggu depan baru cek clear. huwaaaaaaaaa