hehe

Sejak dua menjak ni, ramai menyangka aku adik kepada yana (realitinya aku kakak yana)

WAhh, kembang buntu makcik :D muahahahah

Pencuri

Semasa berlangsungnya kenduri kawin adik aku yang lepas, rumah aku sempat dimasuki pencuri.

Pencuri mengambil kesempatan mencuri ketika semua orang sedang menumpukan perhatian ke pengantin yang sedang bersanding.

Pencuri berjaya mencuri dua purse sepupu aku (ampeh!).

Dan ketika melihat kembali video perkahwinan adik aku, nampak lah pencuri tu mengepit purse-purse tersebut keluar rumah. Dan satu lagi gambarnya kelihatan sedang lepak-lepak makan di khemah.

Sepandai-pandai pencuri mencuri, akhirnya kejahatannya dirakam juga. Hehe

Sungguh malas mahu update.

Duit kecik

Aku terpaksa naik kenderaan awam minggu lepas. Kereta adik aku guna.

Dah nak balik,  keluar office jam 5.20 pm. Tengok duit tinggal yang merah sahaja. Ni nak naik bas rapid KL ke LRT sure tak lepas. So aku terpaksa lepaskan 2 biji bus RAPID, aku menungu dengan setianya bus "Len seng".

Datang-datang je bus, terus la naik, hulur not merah dekat konduktor. Konduktor tanya "Takda duit kecik ke?" Aku sengih kata takde. Tambah konduktor lagi "Ooo, kalau ada duit kecik mesti dah naik bus belakang tuh kan (dia merefer pada bus rapid yang tengah berhenti mengambil penumpang."

Aku pon sengih je.

p/s dan aku sampai rumah pada jam 8.10p.m. Berjanggut menunggu komuter. Lama betul

update

Dua blog aku pergi, semua cakap kerja, tangguh entry.

Aku pon nampaknya macam tu la jugak. Kerja tengah banyak. Minggu depan aku update ye. hehe

p/s - aku malas nak upload gamba kawin adik aku. hehe.

Sejuknya heheheh

Gambar kenangan di Langkawi

Update

Eee, lama tak berupdate. Aku tak update sebab :

1. Adik kawin

Adik aku kawin, jadi sebagai kakak pengantin aku ambil cuti pada 4-6 Julai. Penat woo buat kenduri kawin ni. Majlis berlangsung pada 07/07/07. Alhamdulillah selamat semua.

2. Kerja luar

Aku ada kerja luar sepanjang minggu lepas. Tak boleh access internet langsung. Ada peluang sekali je dapat guna internet, tapi gerun jugak kalau-kalau orang IT di bangunan tu dapat detect website yang aku masuk. (Hello, bukan website blue ok!)

KL Jerebu

Jerebu datang lagi!