Tiga kali bagi kereta makan, tiga kali juga dapat borang peraduan dari stesyen minyak tu.

Baca-baca terma dan syarat, uih, dahsyat juga. Tapi yang paling 'dahsyat':

30. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara terma dan syarat dalam vversi Inggeris dengan Bahasa Malaysia, maka terma dan syarat dalam versi Bahasa Inggeris akan terpakai.

 

Budak-budak zaman sekarang

Depan rumahku ada taska. Kalau pagi, berpusu-pusu kenderaan berhenti menghantar anak masing-masing.

Semalam, ada seorang budak ini, melalak ditinggalkan ibunya. Yang paling tidak enak, sambil menangis dia memarahi ibunya sambil terlolong "Ibu gila, ibu gila"

Dan yang paling hampeh, pekerja taska memujuk anak itu,

"Dah, dah jangan nangis lagi yer, mari masuk meh, biarkan aje ibu gila tu"

Eee, kalau aku la, dah kutil-kutil dah mulut budak tu aku buat.

p/s sampai aku nak keluar dari rumah pon budak tu tak habis-habis menangis cakap "Ibu gila"

Idea, Idea, Idea

Tet Tet Tet

Suddenly gone..

p/s takde modal la ni nak buat entry baru. muahahah

Kerek

Aku : Kerek betul dia nih.

D : Hoh? kerek? setahu saya, kerek tu dinding telaga.

Aku : Hoh, ye ker? kerek KL maksudnya lawyer buruk la.

Pelik ye kenapa server boleh meletup?

Menurut kata pakat komputer, power box yang digunakan oleh server tersebut tidak sesuai untuk server.

Menurut kata aku pulak, dah ajal server tu. Terima kasih shrek (nama server kami) kerana setia berkhidmat untuk kami walaupon kadang-kadang anda meragam.

 

Maaf lah. Dah lama tak berupdate.

Aku out station minggu lepas. Dan jumaat minggu sebelumnya aku kerja di luar, server meletup. Siap keluar asap lagi.

Buat masa sekarang, tak dapat nak update blog. Tunggu server baru sampai dan dah ok semua baru lah boleh update.

Chiow.