Boss

Email dari boss:

Nani,
Please can you book me into Mi***** for 2 nights next week.
- Check in on Thursday 3 May
- Check out on Saturday 6 May
Thanks
Andy
------------------------- ------------------------- ------------------------- ------------------------- -
Email kepada Nani, tapi send kepada semua. Ohohoho. Dalam makna dia.
Boss is coming to town. Ayohyohyoh.

Eksiden.. Lagi.

 

 

 

Semalam. Dilanggar lori.

Eksiden lagi?

Aah.

Ko follow rapat kot?

Tak, lori tuh yang ##$%$%^^&&*(*(* tiba-tiba hentam belah kiri  kereta aku.

Ko amacam?

Alhamdulillah takde apa-apa.

p/s Kalau boss tau mesti dia suruh aku mandi bunga.

Iklan

Semalam, masa sedang menonton kotak hiburan, keluar iklan shampoo "pentin":

Mak : Antara siti dengan fasha, sapa yang lagi cantik.

Aku : Anak mak la.

Hahahah. Perasan betul.

Dia SMS, katanya baca blog aku. Entry ekarang, entry dulu-dulu.

Dia SMS lagi, blog aku ada gambar 'blue'.

Huh? ye ker? Malu!.

Ni mesti url sudah bertukar gambar lain. :(

 

Hilang

Semalam, sampai sahaja ke offic, air tiada.

Kami call pembekal air, katanya tiada gangguan bekalan air yang berlaku. Mereka suruh kami check paip meter.

Kami pon turun tengok paip meter, rupa-rupanya paip yang tembaga itu hilang. Sah kena curi.

Baru lepas baca blog Sastri pasal Keterlupaan dia. Aku pon ada mengalami masalah lupa ni juga.

1. Yang selalu sangat berlaku, kalau aku beli barang dah lepas buat pembayaran, aku lupa nak ambil barang yang aku beli. Sabor je la.

2. Selalu tanya diri sendiri selepas beberapa ketika, aku dah lock kereta ke?

========================= ========================= ========

Maaf ye kawan-kawan, ah lama tak jenguk blog korang semua. Hehehe

Masalah sungguh kalau bilik air betul-betul berada di hadapan meeting room.

Eeeee.

Internet

Semalam, internet tiada jam 4 petang macam tuh.

Pagi ni datang office, internet tiada lagi.

So sebentar tadi aku belek modem, router dan server. On dan Off mesin-mesin itu. Pon tiada connection.

Aha, tiba-tiba terpandang, connection dari port ke modem tercabut.

Alahai, tergelak sendiri.hehe

Pengaruh

Hari tu ke sebuah pasaraya. Mencari wrapper untuk balut hadiah.

Ada seorang kakak bersama 3 orang anak perempuannya. Sedang berkerumun di rak bedak "Matahari sutera" (translate ler sendiri hehe). Tiba-tiba kakak tu menjerit bertanya kepada promoter yang jauh dari rak tersebut. "Dik, dik, nih bedak yang iklan kat bus stop tu kan?"

Aku tengok akak promoter sudah tersenyum-senyum sambil menjawab "aah". Aku yang ada kat situ pon tergelak sama.

Kemudian terlihat ketiga-tiga anaknya memegang seorang sebotol bedak tersebut menuju ke kaunter membuat pembayaran.

Dan sabtu lepas ke Berjaya Times Square, jalan-jalan-cuci-mata. Kami menaiki lif menuju food court yang baru dibuka di tingkat 10. Dalam lif ada satu family bersama dua orang anak lelaki yang berumur lebih kurang 4 dan 5 tahun. Lif tu ada tingkap yang boleh kita nampak luarnya, macam KLCC tu. Dalam keadaan senyap begitu, berkata si kecik pada ibunya "Ibu, ibu, agaknya boleh tak cicakman panjat lif ni?"

Berderai ketawa orang di dalam lif.

 

Oh, kuat betul pengaruh filem nih. hehe