Bekal

Kadang-kadang bagus juga bawa bekal nasi ke tempat kerja.

Sebab bila ada kawan-kawan yang menjual barang, kita boleh bagi alasan "Nantilah kak, sekarang nih tengah sesak, tengok, lunch pon bawa  bekal, nak jimat duit". So orang pon tak akan approach kita lagi untuk menjual barang. Sebab, kesian tengok hari-hari bawak bekal nasi.

Sedap pulak nasi lauk sambal ikan nih hihi

 

 

Haish, lama betul tak update ni. Banyak kerja sekarang.

Takde benda menarik nak cerita. Semua benda kurang menarik hehe.

Anyway, sekejap sahaja kan sudah hendak habis bulan Mac. Takut pulak, cepat betul masa berlalu.

Teringat

Bila orang cucuh belakang kereta aku, teringat Cikgu yang mengajar masa training dulu.

Cikgu perempuan ni bilang, kalau driver lelaki yang mncucuh, dia akan tukar lane. Tapi kalau driver perempuan yang mencucuh, dia akan maintain memandu di lane tersebut, dan akan memperlahankan keretanya. Sampai orang belakang boring.

Sekarang aku faham apa perasaan Cikgu tu time dia buat begitu. Kehkehkeh.

Kenangan Lalu

Jem teruk pagi ni. Mungkin sebab hujan dan keadaan jalan yang licin membuatkan semua kenderaan bergerak perlahan. Ngeri juga tadi bila terserempak dengan eksiden, semua berpusu melihat ke dalam longkang, bomba pon ada. Hui, mesti teruk tu.

Tiba-tiba teringat kenangan pahit eksiden dulu. Time lepas hujan juge. Eee, seriau, nauzubillah.

Pagi tadi sebelom bertolak, Mak ketuk tingkap cermin, sebab masa tu aku tak perasan. Pesan berbagai, biar aku alert.

Hmmm. Simpati dekat orang yang eksiden tuh.

Sibuk

Lamanya tak berupdate.

Sangat sibuk dengan kerja. Takde idea pon iye jugak.

Sekarang ni, kerja yang remeh temeh, renyah menyah seperti edit data, combine data semua diserahkan kepada aku.

Macam ni bile mahu pandai? Dah lama kerja pon tidak ada skill yang boleh dibanggakan.

Haish.

Kena mintak boss training lagi, untung-untung jadi macam tahun lepas. Terbang di awan biru.

rinduku pada membaca

Sekarang aku sudah tidak ada mood membaca.

Orang putih panggil "Reader's block".

Dulu-dulu, beli novel, sewa novel dekat CM, dekat Kajang, cari online e-novel, download dari internet. Minat membaca gila-gila, sungguh-sunguh, benar-benar. Sampai kena marah dengan mak sebab membaca dalam gelap ketika orang lain sedang enak tidur.

Sekarang, baca surat khabar pon tidak berminat. Sudah setahun macam ni, bermula selepas pemergian abah. Masa abah tengah sakit, aku tengah baca Harry Potter, the order of Pheonix. Sampai sekarang, tak tergerak lagi nak sambung habiskan baca cerita tu.

Blog pon, tengok penulisannya juga, panjang? pendek? jalan penceritaan?

Aduh, bila hobiku yang gemilang, terbilang ni akan datang balik?

6 yang pelik

Nursalju 'hukum' aku mendedahkan kepelikan diri sendiri. Ntah la, pada aku pelik la, pada orang lain tak pelik kot. hehe

6 Jenis kepelikan dalam diriku:

1. Suka tengok kartun, walaupon kartun dah berulang kali ke berapa, pon still suka tengok jugak.

2. Mudah mengeluarkan air mata. Marah pon boleh buat menangis. Sabor je la.

3. Suka minum kopi dan bijinya. Dulu la suka makan biji kopi tu, teruk betul. Tapi sebab takut kena operate appendix, stop dah tabiat tu. hehe

4. Suka makan ikan keli, tak kira lah ikan keli bakar ke, goreng ke, masa berlada ke. Tapi kat rumah tak pernah beli ikan keli atau masak. Selalu makan yang dijual kat kedai je.

5. Aku kalau masak, kurang suka makan masakan sendiri. Ntah la, tak kena langsung. Agaknya sendiri masak tak best kot huhu

6. Macam Nursalju jugak, aku ni simple aje orangnya. Pergi kerja, baju kurung dan selipar jepun. Mak slalu tegur dressing aku, sempoi sangat hehe.

Ok +siapa yang rajin nak buat, sila lah. Jangan malu-malu. hehe

Tahniah Oya 2

Dulu aku cerita dia kahwin

Sekarang aku nak ucap tahniah sekali lagi. Dah jadi mak budak kawan aku nih. Tahniah Oya! Welcome to the world Fawwaz Ashraf. Auntie Kakak doakan Fawwaz sihat dan membesar bagai johan.

Oya, if you read this, abe cakap Fawwaz comil, macam aku Laughing hahah