Miss you

Ahad lepas ke KLIA. Pakcik balik dari haji.

Alhamdulillah, Pakcik selamat sampai.

Muka pakcik sebijik macam muka arwah. Hampir serupa. Rindunya.

1428H

Selamat Menyambut

1 Muharram 1428H

Moga rajin buat ibadat tahun ni.

p/s apsal ler tahun baru jatuh hari Sabtu hehe

SMS

Sini hujan lebat.

Sini tak hujan pon, tadi balik panas je.

Sana memang payah nak hujan. Awan hitam tak banyak pasal tak ramai orang Ind*a.

Bukan macam tuh la, Kajang orang dia ramai yang cerah-cerah, tu pasal tak hujan.

Perasan :P

heheheh

......

Semenjak MPAJ memperkenalkan sistem parking berbayar yang baru ni, penuh parking lot dihadapan office aku ni yang merupakan satu-satunya kawasan free parking di area office aku dengan kereta yang mahu mengelak membayar parking.

Kalau pukul 9 pagi, penuhlah parking yang sekangkang kera ni. Dulu-dulu, pukul 10 pun tak penuh lagi.

Akibatnya, ramai yang double parking, block kereta orang lain. Dulu-dulu masa mula-mula sistem parking ni diperkenalkan, akan kedengaran lah hon-hon empunya kereta yang ingin 'menyuruh' sesiapa yang block kereta untuk mengalihkan kereta.

Sekarang ni sudah tak kedengaran lagi bunyi hon-hon. Empunya kereta yang ingin double parking akan meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi. Ada pulak yang release handbrake supaya senang hendak dialihkan.

Aku lebih berterimakasih kalau tuan punya kereta yang block kereta aku meninggalkan nombor telefon dari release kan hand brake. Semalam Gen2, block kereta cumilku. Nampak handbrake release, dengan sekuat tenaga aku menolak.

Lepas tu rasa menyesal tolak, sakit dada, sakit sangat-sangat.

Tol vs Tak Tol

Untuk ke pejabat, aku kena melalui dua highway. Bertol dan tidak bertol.

Persamaan kedua highway ini ialah; JEM.

Namun ada beberapa perbezaan antara dua highway. Highway berbayar, bersih. Tidak seperti highway percuma yang kau boleh lihat sampah-sampah seperti putung rokok, kotak rokok, tayar yang sudah hancur, baju, (ye baju), serpihan kaca, dan serpihan-serpihan kereta yang berlanggaran. Helmet pon kadang-kadang boleh jumpa.

Perbezaan yang ketara ialah, highway percuma tidak punya pondok tol yang menempatkan anak-anak gadis yang manis dan makcik separa manis menghulurkan tangan mengutip duit. Tapi tak manis pon kadang-kadang tu. Masam mencuka sahaja.

Kenapa takde anak bujang duduk pondok tol? hihi

Surat janji

Adik aku Tingkatan 4 sekarang ni. Awal persekolahan tiada kerja sekolah, tapi sibuk dia dengan borang-borang yang perlu diisi.

"Borang apa tu dik?"

"Borang Maklumat Murid dan Surat Aku Janji"

"Ui, Surat Aku Janji??? bak sini nak tengok"

Dahsyat huh budak sekolah zaman sekarang, macam orang kerja dengan kerajaan. Surat Aku Janji tu berjanji untuk tidak ponteng sekolah.

yang ke 2 tahun

Tengah malas nak update blog.

Semalam sehari suntuk aku keseorangan kat office. Jadi receptionist, jawab telefon dan buka pintu kalau ada parcel sampai dan tukang jual. Rasa macam nak cari kerja lain je, yang besar company dia, yang ramai staff nya.

Tapi aku sayangkan kawan-kawan dan bos di sini dan juga kerja yang aku buat sekarang ni. Walaupon gaji aku tak boleh 'celen' gaji kawan-kawan aku yang lain yang semua sudah angka 2 ke atas, aku sayangkan kebebasan aku di sini. Walaupon office jauh dari rumah, aku sayangkan company ni yang tidak terlalu protokol. Dan yang paling aku sayang, kepercayaan bos pada aku.

3hb Januari yang lepas, genap 2 tahun aku bekerja disini.

Alhamdulillah

???

Internet weng

Email susah nak check

Software Dongle dah expired

So datang office buat ape?